"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Wednesday, November 2, 2011

KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT......(MGS ) /nooraiza.blogspot.com.




LAGU KESUKAAN SAYA..........KENANGAN OH KENANGAN................
Assalmualaikum semua:

Sebelum ini saya hanya menulis kenangan saya semasa tinggal di Kampung. Hari ini tiba tiba ingat pada kenangan semasa di MGS. Selepas tamat Sek Rendah saya menyambungkan pelajaran di Ipoh. Seorang budak kerdil yang berasal dari keluarga yang serba kekurangan disegi ekonomi. Bapa hanya bekerja kampung sedangkan ibu dengan tugasnya mendidik saya dan 8 lagi adik beradik. ( Kak Nah / Kak Ti / Kak Yan / Shikin  /Seni / Adik Jo / Zila/ dan adik Ma) Saya anak yang keempat. Walau pun saya tidak bagitu cerdik tapi saya boleh merasakan arwah bapa saya bangga apabila saya ditawarkan belajar di MGS.
MGS....OH YESSS.,...MGS. ....Kenangan belajar di MGS  macam cerita dongeng yang hilang dalam sekelip mata.Saya sangat aktif di bidang sukan. Sangat sangat aktif dan pada setiap tahun dari form one sampai form five saya pasti akan mewakili Negeri Perak untuk MSSM ( Majlis Sukan Sekolah Malaysia ). Memang dari kecil saya nakal dan bila belajar di MGS pun saya tidak berubah. Selalu tipu guru kelas untuk keluar dari kelas bila sampai subject yang saya tak minat macam subject ADD MATHS. perrgghhh.........boring. Walau pun saya nakal tapi saya mempunyai banyak tugas masa di sekolah. Saya dilantik sebagai Prefect / Librarian / Ketua Rumah Nightingale / Setia Usaha Persatuan Bahasa Malaysia / Ketua bola jaring dan juga Ketua Olahraga. Wow....macam superwoman pulak..tapi saya suka dan enjoy, jangan bagi tugas untuk study ....Itu saya tak boleh.
Saya tinggal diasrama bersama adik adik junior. Saya berkongsi katil dengan Puteri Nor Hasimah. Puteri seorang yang sangat kemas saya tidak.
Saya terkenang Mr Chin yang mengajar saya Biology...kelas ini saya suka. Mr Goh mengajar Physic dan chemistry saya tak ingat gurunya.....sebab kelas Sains ni buat saya mengantuk. Guru yang masih saya ingat MRS HO kerana dia guru PE....kalau beraksi dipadang memang minat utama saya.

Semasa Form Three.. ada seorang guru India yang mengajar saya History.Saya dengan Maznah selalu ketawakan dia bila dia bercerita tentang Black Hole of Culcutta.....ooppss...sensored.
Semasa Form one..saya sayang Mrs Rosie Lim. Dia mengajar English Literature. Tajuk buku yang masih saya ingat " FLOWER FOR MRS HARRIS DAN WUTHERING HEIGHT ". dalam kelas saya selalu volunteer untuk membaca buku buku itu sebab nak bodek Mrs.Rosie Lim....hahahahahah......
Baru baru ini saya berkesempatan berkunjung kembali MGS.... tidak ada apa yang berubah. Bunyi locengnya / kantin nya / classroom nya seakan seakan sama dengan zaman saya dulu. Rasa nak jadi budak balik.....Boleh ke ?
Pada kawan baik saya NorTina / Sharma Kumari / Wai Leng / Maznah dan adik adik junior saya Ghaziah / Fadzillah Othman / Rabitah / Noraini Baharum / Sophia /Hanah / Linda Hanim / Zakiah Yusof dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebut satu persatu disini.......saya rindukan kalian semua  / tidak tahu bila saya akan menamatkan pengembaraan ini........Inilah KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT.....

Nanti saya akan bercerita lagi.....coretan coretan begini membuat saya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan likuliku dan suka -duka kehidupan. Sudi sudi lah baca ye.......

Ikhlas dari NAJ.
' Shout all hail for the Methodist Girls School, Shout it loud and long .........( tolong sambung lagu ini )"
______________________________________________________________________________
PLEASE VISIT MY OTHER BLOG: 
  • aizanetwork.blogspot.com  - All about baking / cakes and receipes.
  • visitperak.blogspot.co.---Info about Perak and Perak Travel package.
  • holidaysandleisure.blogspot.com....All about travell and holidays ( Europe Tour )   ---------------------------------------------------------------------------------
  • IKLAN ONLINE:
  • Fitline minuman kesihatan dan kecantikan mampu mengembalikan kesihatan dan keremajaan anda. CUBALAH..JANGAN TAK CUBA..

No comments:

Post a Comment