"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Monday, October 31, 2011

APA ADA PADA NAMA. ( Dari programme Tanyalah Ustaz ) / nooraiza.blogspot.com.

ASSALAMUALAIKUM pada yang membaca blog ini:

Hari ini saya nak bersembang tentang nama.Apa ada pada nama?. Malam semalam saya menonton Tanya lah Ustaz yang membincangkan tentang nama..Nama yang baik patut diberi pada setiap orang anak terletak ditangan BAPA bukan IBU. Kata Ustaz lagi , kalau nama yang diberi membawa maksud tidak baik, di akhirat nanti anak itu akan menuntut haknya. Wah... berat tu. Dan di akhirat juga nama kita dipanggil dengan nama panggilan seharian kita bukan yang didaftar.Issue ini menarik perhatian saya. Katanya  lagi kalau hendak anak cerdik pandai , bagi nama Zaki atau Zakiah ......tapi dengann syarat jangan dipanggil singkatan seperti  Zack atau Kiah....itu tak boleh jadi. Mesti panggil nama penuh.

Saya pun teringin nak tahu tentang nama anak anak saya. Ye lah disebabkan kejahilan munkin saya telah bagi nama yang tidak baik bagi mereka. Kata Ustaz nama yang diberi atau dipanggil akan mempengaruhi cara hidup kita.

Survey punya survey dan cari punya cari ; inilah definasi yang saya dapat bagi nama keluarga saya. Saya terkedu sebentar kerana nama nama kami memang banyak terserlah dengan peribadi dan character kami . Maka terjawab lah soalan saya ,kenapa kadang kadang anak anak yang saya sayang tidak menurut kata kerana saya yang panggil mereka dengan nama yang melambangkan peribadi mereka. Apa nak buat.....sekarang baru tahu.Kalau dari dulu ada programme Tanyalah Ustaz ......bahagia dunia akhirat.

ZAINAL PUAT ( Husband )  -----------------Cantik ( memang En zainal memang suka bergaya / dari dulu sampai sekarang memang pandai memilih apa juga dari segi pakaian atau perkakas rumah. Padanya wanita mesti pandai menghias diri..dia tak suka kalau saya tak bergaya tapi saya sendiri malas nak bergaya......simple udahlah )

JUAN  ( Anak sulung ) ------------------------- origin dari Spanish bermaksud God`s gracious gift./ Almighty..itu yang ditulis kat internet. ( dalam bahasa Malaysia maksudnya ...macam mana nak explain nie.....). Tidak silap...... , kerana saya selalu merujuk padanya sebagai Raja didalam rumah kerana sikapnya yang sangat protectitive and authoritive tu. Memang ramai follower. Dia selalu lead the way......

AKIS ( Anak kedua ) ------------------Origin dari Greek bermaksud sweet / nice. Sukakan kanak kanak. Saya tak pasti sangat character ni kerana dirumah dia pendiam giler.......tapi yang pasti memang sangat sukakan binatang terutama kucing. Patutnya saya panggil dia Arif  bermaksud knowlegable.....Dan satu lagi.....ramai sangat Girl Friend....Agak agak nya memang sweet / nice le tu.

NUR KHALEDA (Anak bongsu )...........My little darling. Nama berasal dari Arab bermaksud Eternal / Everlasting. Cahaya didalam keluarga saya. Semua orang sayang dia dan selalu bantu saya buat kerja rumah tapi malas masak.. Tak suka katanya.

Nama saya ....malu nak cakap..kalau tak percaya serve sendiri kat internet.

AIZA  ------------------Dari Arabic bermaksud Noble / courage........berhati mulia. Well.....saya tak boleh nak komen disini tanya pada mereka yang kenal saya. tapi kalau dalam Spanish bermaksud CLIFF ROCK....memang saya kepala batu dan kasar. Yang ini tepat lah dengan saya.

Ha...cam ne, carilah nama anda kalau tak elok kita mula lah tukar nama panggilan kita ye.....panggil saya Kak Nor lagi baik maksudnya cahaya.Walau pun tulisan ini sekadar suka suka tapi kita tidak boleh ambil ringan tentang hal ini kalau tidak masa kan Ustaz tu nak sentuh bab -bab seperti ini.

Dah kena stop ni, banyak tugas menanti sehingga bertemu lagi.

Salam dari NAJ.
-----------------------------------------------------------------------------------------
PLEASE VISIT MY OTHER BLOG:
  • aizanetwork.blogspot. com ----------All about baking / cakes / receepes.
  • visitperak.blogspot.com  -----------Infor abut Perak and Perak Travel Package.
  • holidaysandleisure.blogspot.com -------About travellings and holidays.
  • _________________________________________________________________
Iklan : FITLINE MINUMAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN-MAMPU MENGEMBALIKAN KESIHATAN ANDA.

TEL.. 605-3215680  / 6013-4173415 /6013-5971831
Email. Silvernetevent@gmail.com.
FB;  SILVER NET EVENT.
BLOG; nooraiza.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment