"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Tuesday, November 29, 2011

BUNGA APRIL - cerekarama TV 3 .

29/11/2011. Dari semalam lagi perasaan bosan melanda. Kalau bosan apa nak buat ? Check FB   tak ada siapa pun nak chatting. Post pun tak ada yang response...huhuhu..sad..sad..sad........
Dalam kebosanan tu , malam tadi layan cerekarama TV 3, cerita bermadu lagi.!!!!!.
Tapi kali ini ceritanya berbeza sedikit, walau pun baru siri 3 ( kalau saya tak silap ) skrip  dan lakunan membuat saya rasa puas menonton.
Ceritanya : Noniswara sebagai Hamidah seorang yang berjaya didalam perniagaan, Syarikat Wangsa SB yang ditubuhkan bersama dengan suaminya Dato Azmi. Kesah bermula apabila Dato Azmi berkahwin dengan Setiausaha kepada Hamidah  iaitu Aishah.
Bukan nak cerita pasal sinopsis tu sangat tapi nak sokong  tindakan Hamidah apabila mengetahui tentang perkahwinan itu. Walau pun sedih dengan perbuatan suami tapi Hamidah tetap kuat dan bersikap agresif untuk mempertahan kan diri apabila Dato Azmi menyalahkan Hamidah apabila perkahwinan mereka gagal.
Suami selalu menyalahkan isteri apabila mereka kahwin lain. Konon nya isteri tidak bertanggungjawab, tak jaga makan minum .......itulah....... inilah.....dan yang hairan tu selepas bertahun -tahun bersama baru sekarang nak nampak buruk isteri tu.Macam macam lah alasan diberi apabila suami dah mula hilang kasih dan sayang pada isteri.  Saya pun tak boleh terima kalau dituduh bagitu...padahal rezeki sama sama cari.Tapi Hamidah ni steady aje bila dia menentang tuduhan suaminya.Puas hati saya menontonnya. Selalu dalam cerita akan ditonjolkan si isteri menangis tak berlagu , bila suami kawin lain.
Hey ladies......be strong....kalau jodoh setakat itu, biarkan saja.....sayang suami terhadap isteri sempadannya adalah talak. Kalau sudah ditalak , memang putus sudah kasih sayang. Jangan ditangisi dan menunggu  pada yang tak sudi. Sayang lah diri kita sendiri , jangan meratapi takdir dan itu sudah menjadi bahagian kita.
Hamidah.... yakin dengan dirinya dan  watak dibawa adalah seorang wanita yang tegas dan beliau terus membina keyakinan diri..Mesti terus tabah. Biarkan kalau suami nak beristeri lain tapi isteri mesti jangan patah semangat. Baiki diri.......sehingga suami akan rasa menyesal meninggalkan isteri.
Wanita sebenarnya kaum yang hebat...........
Tajuk cerita Bunga April
Ihklas dari NAJ._________________________________________________________________
Please visit my other blog:

  • aizanetwork.blogspot.com - about baking / cakes /receipes
  • visitperak.blogspot.com  - Info about Perak State adn Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com - about travellng / holidays / Europe Tour.


IKLAN online.
FITLINE;, Nutritonal drinks, regain your health and beauty.
Click at the side bar to view more.
Call 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
____________________________________________________________

No comments:

Post a Comment