"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Saturday, November 5, 2011

KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT......( Hari Raya Aidil Adha) /nooraiza.blogspot.com.

6/11/2011 - Ahad . Hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha.Kenangan ku dan masih ku ingat.......Setiap tahun apabila tibanya hari Raya AidilAdha ,  pastinya akan terkenang akan satu agenda besar yang terjadi di dalam hidup saya. Hariraya AidilAdha pada tahun 1982 (bersamaan 27/9/1982 ) dengan rasminya saya menjadi ibu kerana selamat melahirkan anak sulung saya Mohd Jayzuan . Masih ku ingat .....seorang bayi lelaki yang sangat comel dan disaat itu keseluruh kasih sayang saya hanya untuknya seorang. Kebahagian yang tidak dapat saya gambarkan  tapi  disaat itu saya terasa seolah olah saya dianugerahkan dengan harta yang tidak ternilai ..dan hanya milik saya seorang. Doa saya kepada Mohd Jayzuan supaya beliau sentiasa menjadi anak yang Soleh dan selalu menyayangi keluarganya.Sekarang Mohd Jayzuan dah besar dan lihat lah video ini. Aktiviti seni yang sangat diminatinya.
Satu lagi perkara yang didalam pemerhatian saya berkenaan Nur Khaleda ( my little darling ).. .apabila tiba hari raya Aidiladha beliau pasti akan pergi surau di Kg Kepayang hanya untuk melihat lembu akan di korbankan.Sehingga di hari ini dan beliau sekarang berumur 17 tahun....masih nak pergi tengok lembu.....hehehe....
Saya ?  seperti biasa lah...setiap hariraya mesti menyediakan juadah . Tapi hari ini dan tahun ini saya tidak menyediakan apa apa yang istimewa hanya rendang ayam / lemang - yang dibeli dan kek istimew kek suji.
Lepas ini baru nak masuk dapur untuk makan tengahari menu ialah nasi beriani.

Kepada mereka yang sedang mengerjakan ibadah HAJI....mudah-mudahan anda dianugerahkan Haji Mabrur. Selamat Hari raya Adiladha...salam ingatan dan maaf zahir dan batin.

Dari NAJ.
______________________________________________________________
Please visit my other BLOG:

  • aizanetwork.blogspot.com  - All about baking / cakes /receipes.
  • visitperak.blogspot.com - Info about Perak dan  Perak Tour.
  • holidaysansleisure.blogspot.com - All about travel and holidays ( Europe Tour )



IKLAN ONLINE.

FITLINE - Regain you beauty and health.
Call 605-3215680 / 601`3-4173415 / 6013-5971831

No comments:

Post a Comment