
Sumber pendapatan suri rumah orang Kuak pada masa itu adalah membuat kueh yang dihantar dikedai kopi termasuk ibu saya yang famous dengan kueh serimukanya. Kedai kopi yang ada pada masa itu kedai Tok Wan / Kedai Babu dan Kedai Long Mat. Kedai Pak E selepas kedai mereka ini. Kedai Tok Wan saya selalu beli ais kacang atau ais kepal dan bila saya pulang dari sekolah singgah sekejap baca surat khabar tapi suratkhabarnya dalan tulisan jawi....Kalau kedai Babu pula tak boleh nak challege kundasnya yang dimakan dengan kuah kacang dan kedai Long Mat pagi pagi saya suka makan pulutnya. Wah..wah.. itu kenangan saya dan masih saya ingat...............Oh ye...betul tak ada kedai kopi Mydin ? saya tak berapa nak ingat.
Kedai runcit Pekan Kuak di kuasai oleh orang China. Kedai Abi / Kedai Kecik / Kedai Gemuk dan Kedai Ah Kau dan ada dua kedai orang melayu iaitu kedai Pak Teh dan kedai Pak Cik Musa.
Pegawai Polis masa itu ialah Tok Din dan Tok Hassan. Kalau Hari Raya saya mesti pergi rumah Tok Hassan sebab boleh makan kek. Kek adalah makanan kegemaran saya tapi susah nak dapat maklum lah ekonomi keluarga saya 'Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang '
Tapi satu perkara yang saya tak faham....China Kecik tu kalau nak beli ayam kampung dia yang letak harga bukan penjual. Ini terjadi pada arwah tok saya Tok Chah. Memang dasar belit sungguh mereka ini. Ketua Kampung masa tu ialah Cu Mid dan orang panggil dia Tok Ketua Hamid.
Gambaran kampung pada zaman enam puluhan masih terakam di peti memori saya.Zaman tu saya masih disekolah rendah. Kemana perginya kawan kawan seusia saya. Rindu sungguh. Nama setengah kawan kawan yang masih saya ingat Rohaiza , Zainab, Sopiah, Nooraini,Jamian, Khadri, Ahmad Termizi, Zulkifli, Azni, Abd Razak, Norsida, Omar dan ramai lagi....Dimana anda semua.....Masa sekolah saya menjadi ketua kelas A. Saya ingat...saya garang dan saya selalu buli budak budak lain.Ye lah masa tu masih kanak kanak masih belum dapat membezakan baik atau buruknya, Ketua kelas B ialah Hamid Saidin

Oooiiii...panjang lagi nak cerita..itu belum masuk bab main polis sentry atau main tuju tin dan main guli. Memang saya tak pernah belajar masak semuanya permainan orang lelaki.
Tup tup....habis darjah enam saya dapat tawaran belajar di Ipoh. Maka disitu terputus lah hubungan saya dengan kawan kawan dan bermula phasa hidup berasrama.
Suka duka didalam kehidupan ...hari demi hari berlalu ...makin hampir waktu untuk pulang...pengembaraan akan ada penghujungnye.....Bekalan untuk pulang masih belum ada / sempatkah saya menyiapkan bekalan?
Nostalgia zaman kanak kanak tetap nostalgia.Walaupun hidup dikampung saya sangat sangat bahagia walaupun ekonomi keluarga saya tidak baik . Ucapan Jutaan terima kasih saya kepada Arwah bapa saya Johan Bin Mat Akib ( yang meninggalkan kami lebih kurang 30 tahun yang lalu ) dan ibu saya Supiah Bt Abd Rahman yang membesar dan mendidik saya seadanya. Kasihsayang saya kepada mereka akan terus berkekalan ke akhirat.
Emosi sekejap.........................................................Terima kasih juga kepada guru guru yang memberi saya ilmu dan pendidikan. Arwah Chegu Harun / Chegu Esah / Chegu Jah / Teacher Fauziah dan Sir Hassan.
Dan banyak lagi....KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT......

Sehingga bertemu lagi di lain coretan..
Salam dari NAJ.
Nota; Kalau ada kawan kawan saya yang baca blog ini / hubungi saya 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831. Saya nak buat satu perjumpaan.
No comments:
Post a Comment