"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Thursday, November 5, 2015

GUARANA - DE ASIA WHITE COFFEE




Guarana (BUAH AJAIB)

Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata.

 Lokasi Ladang Guarana

Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. Cuaca dan keadaan geografinya paling sesuai untuk tujuan ini. Kawasan yang paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues, sebuah bandar ke arah timur bandar Manaus. Pada tahun 1980, Maues membekalkan 80% keperluan kawasan seluas 6000 hektar telah ditanami demean Guarana.

 Kenapa Guarana dikenali sebagai BUAH ATMA JIWA.

Purata jangka hayat puak asli Red Indian di bandar Maues adalah lebih daripada 80 tahun. Menurut perangkaan yang dikemukan oleh Dr. Eduado, bagi setiap 1000 orang penduduk di Meaus, terdapat 3 orang yang umurnya lebih daripada 100 tahun. Faktor utama yang membantu mereka hidup hingga berusia lanjut begini ialah manfaat yang mereka perolehi dari Guarana yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan ini. Jesteru, bandar Maues dikenali seluruh dunia sebagai “bandar panjang umur”.
Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai BUAH ATMA JIWA. 

Penemuan Guarana 

Pada tahun 1669, seorang mubaligh Jerman bernama Joao Felipe Betendorf, menjumpai Guarana semasa mengembara dalam hutan hujan di basin Amazon. Beliau membawa Guarana itu keluar dari hutan dan menjalankan penyelidikan ke atas buahnya. Hasil dari penyelidikan itu, seluruh dunia sekarang berpeluang menikmati buah yang sangat berkhasiat ini.

Apa kata para professional tentang Guarana?

Ø      Cendekiawan Perancis : Conseiu Duhhjalfa
   Menurut laporan beliau dalam “Guarana Products” (Guarana 0 Produto), Guarana adalah sejenis produk yang 100% organik. Ia mengandungi banyak jenis elemen organic seperti Guaranin dan Tanin.
Ø      Brasil : Dr. Berredo Carneiro
          Eropah : Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner
       Dalam tesis penyelidikan mengenai Guarana, mereka mengesahkan Guarana berkesan dalam menguatkan fungsi kencing,     perut dan usus, menurunkan kepanasan badan, memperbaiki system penghadaman dan struktur tisu organ dalaman, meningkat proses metabolisme dan serapan khasiat oleh badan serta merangsangkan keupayaan seks.

 Pengesahan para professional

Ø      Paul de Cointe, Ahli Biokimia
         Guarana bertindak seperti alat pendingin : menghilangkan darah gemuruh, mencegah penyumbatan saluran darah          arteri,menguatkan jantung dan mampu menyembuhkan sembelit, cirit-birit, migrain dan sakti saraf.
  Ø      Dr. Ana Aslan, seoragng pakar sakit orang tua
         Guarana adalah kunci kepada kehidupan sihat dan awet muda.
    Ø      Alexandre de Avila Borgas Junior, ahli farmasi.
         Guarana adalah sejenis produk kesihatan semulajadi. Ia tidak akan meyebabkan ketagihan ke atas produk ini dan tidak mempunyai apa-apa pantang larang untuk memakannya.

 Selamat untuk dimakan



Jabatan FDA di Amerika Syarikat dan Institut Pasteur di Perancis telah mengesahkan Guarana sebagai makanan kesihatan semualajadi. Fakulti perubatan Universiti St Paul juga menbuktikan Guarana adalah bebas dari segala unsur-unsur  racun. Analisa yang dibuat oleh Laerte dall’ Agnol, seorang ahli farmasi, ke atas kandungan Guarana mengesahkan Guarana adalah kaya dengan asid amino dan bebas dari segala unsur-unsur racun. Para pengguna diberi jaminan nikmat dan manfaat yang akan mereka perolehi menerusi pemakanan Guarana.








GUARANA - RAMUAN YANG TERDAPAT DI DALAM DE ASIA WHITE COFFEE





Sumber rujukan




The Amazon





DE ASIA WHITE COFFEE IPOH STOKIST

TEL 05-3219116 / 013-5971831

A-G 46, PENGKALAN EMAS MALL STATION 18, 31650 JALAN PASIR PUTEH IPOH



www.deasiaworld.com

AIZA JOHAN WRITES











AL-MANNA @ GUM ARABIC - DE ASIA WHITE COFFEE

AL-MANNA @ GUM ARABIC
     Dengan izin Allah, Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman. Pengamalnya, juga dapat  menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis  atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama, ia juga dapat meringankan beban buah pinggang. Gum Arabic dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Berapa ramai pesakit buah pinggang yang dapat mengelak dialisis setelah amalkan minum bancuhan gum arabic dengan izin Allah. Untuk buasir, sembelit dan berak berdarah,  amalan minum gum arabic amat berkesan sekali untuk mengatasinya. Ada pesakit yang terkena stroke  telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan mengamalkan minum Gum Arabic. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik malah ia lebih baik daripada inulin.

     Gum Arabic juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, menyembuh dan mengawal gout, sembelit, untuk resedung (sinus) dan mengatasi masalah asid urik berlebihan. Sebenarnya banyak lagi lain-lain manfaat untuk kesihatan apabila amalkan minum atau makan gum arabic ini dengan izi Allah Ta'ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
  
    Apakah itu al-Manna? menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu; Adalah al-Manna itu turun ke atas pokok-pokok,  (فقال علي بن أبي طلحة ، عن ابن عباس : كان المن ينزل عليهم على الأشجار) Ibnu Abbas tidak mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid pula, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok.  Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA


 Arabic Gum dapat mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar  kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 
1  

T The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk sakit buah pinggang kronik (CRF).

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit.

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

9.  Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.

12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.






Di atas adalah article berkenaan AL-MANNA @ ARABIC GUM. Salah satu ramuan yang terdapat di dalam De Asia White Coffee ada lah Arabic Gum.Semuga kita dapat sedikit info tentang Arabic Gum .




Hasil Rujukan
Wkipedia dan
Al-Mana @ Arabic Gum blogspot.

AIZA JOHAN WRITES
SEHINGGA BERTEMU LAGI


DE ASIA WHITE COFFEE IPOH STOKIST
TEL 05-3219116  /  013-5971831
A-G 46, PENGKALAN EMAS MALL STATION 18, 31650 JALAN PASIR PUTEH IPOH