"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Saturday, January 18, 2014

CUTI HUJUNG MINGGU DI FRASER HILL - SHAHZAN INN

Pada 28-29 JAN 2013 , hari hari terakhir bagi tahun 2013. Sudah menjadi kemestian bagi saya untuk menguruskan perjumpaan tahunan di Fraser Hill.
Tahun ini tidak ramai yang menyertai perjumpaan ini hanya 30 orang. Mereka adalah saudara mara, kawan perniagaan baru dan lama. Perjumpaan  yang santai dan meriah. Perjalanan bermula dari tempat masing masing dan berkumpul di Restaurant Seri Melayu  KKB untuk sarapan.  Sarapan yang sangat sedap. Terima kasih kepada Puan Halimaton yang telah menyediakan sarapan  untuk kami dan juga air syrup tiga layer untuk saya

SEDAPNYA MAKAN

MAKANAN DI SINI SEMUA SEDAP

UNTUK SARAPAN SAYA PILIH MEE KARI


DAN UNTUK MINUMAN SAYA PILIH SYRUP 3 LAYER......BEST YO !!!! - 

Tepat pukul 10.00 pagi kami bertolak untuk ke Fraser Hill. HMMMM..... ada yang tak tahan, ada juga lah yang pening lalat. Tapi bila sudah sampai semua itu hilang. Kesegaran udara yang sejuk dan nyaman membuat kami semua sangat sangat teruja...hehehe Little London lah kata kan. Tengok saja gambar  kami berpeluk adik beradik...bukan senang nak berkumpul macam ini.Masing masing sebuk.

WITH MY DAUGHTER ---

HEAVYWEIGHT -HAHAHAH
MY SISTER - KAK YAN- POSING MACAM INI NAMPAK SANGAT SAYA BESAR  HEHEHE

SEDANG MEMBERI TAKLIMAT - POYO AJE...HEHEHE

SHAHZAN INN CAFE


AMIRA  DENGAN ALANG...MAKAN BANYAK SIKIT

YANG BAJU HITAM TU - CEO SILVER NET EVENT

COUSINS- MENJAMU SELERA

PUAN SHERRY DAN BABY

BILIK HOTEL



Daftar masuk hotel, dan terus pergi cafe untuk lunch.
Selepas lunch, aktiviti masing. Mereka pergi horse-riding  / achery  / boating dan ada yang berehat di hotel. Saya bertugas huhuhu.... saya meneruskan tugas untuk test sound system  /  sorok harta karun untuk aktiviti malam  / siapkan music untuk happy feet contest /Pada permulan nak pakai maju glamour, di sebabkan sebuk saya sarung saja baju yang mudah dan selesa . Make-up pun tak sempat....hehehe.
Pukul 4.00 minuman petang, bersantai dan bertanya khabar. Walau tinggal berdekatan tapi jarang berjumpa. Kesegaran udara yang sejuk dan persekitaran Shahzan Inn yang menarik membuat kami sangat selesa berborak kat lobby...masing masing ambil gambar. Minuan petang sedap...roti nya perrghh   enak...kopi dan tea pun bertambah. Munkin udara sejuk ,kami rasa sangat lapar.

Makan malam bermula pada pukul 8.00 malam Di mulakan dengan Bersalawat Nabi beramai-ramai dan di ikuti dengan bacaan doa oleh En Azam. Mereka makan dengan berselera kerana hidangan sangat sangat istimewa. Terima kasih kepada EN Mokhtar ..Pengurus Hotel.

Saya bertugas sebagai pengacara pada malam itu. Entertainment di mulakan selepas mereka sudah selesai menjamu selera.
Music di mainkan, dan semua orang menari mengikut music yang saya putarkan. Pada masa yang sama seorang Image Trainer yang sama sama  berkursus dengan saya di US  sedang memerhati semua orang. Tugas beliau untuk memilih best Lady for the night.

Gelak ketawa membuat kami relax sebentar, lupa pada masaalah kerja...kami enjoy  !!!!
Kemudian mereka semua mula mencari harta karun yang saya sorok kan. Mereka perlu mencari harta mengikut clue yang saya beri. Apa yang mereka jumpa itu lah hadiah mereka untuk malam itu. Semua orang dapat hadiah.

Acara seterusnya Happy Feet Contest.....peserta mengambil tempat. Pertandingan di mulakan denga gelak ketawa dan berbagai tarian di persembahkan. Semua orang sporting......

Hadiah di beri kepada pemenang Happy Contest dan Best Lady of the Night. Percaya tak pemenang untuk Best Lady di menangi oleh Puan Sherry yang berumur 56 tahun....pakaian nya sesuai dengan majlis. Budak muda pun kalah. Saya akan upload gambar kemudian, tidak ada dalam camera saya sebab bertugas . Tak sempat nak ambil gambar.
Makan malam berakhir pada pukul 11.00 malam. Minum lewat malam, teh tarik dan kopi di sediakan.

Kami tidur pada pukul 2.30 pagi kerana bersembang kat Lobi Hotel. Ada yang buat sales. Bagi saya ini adalah permulaan untuk tahun 2014. Saya perlu mulakan tahun baru dengan perancangan perniagaan yang lebih baik. Muhasabah diri....mencari idea baru. Buat azam baru.....percutian macam ini sebenarnya akan membuat kita segar dan bertenaga untuk menhadapi tahun baru.

Esok pagi sarapan...sarapan yang enak enak. Acara sendirian dan santai. Pukul 12.00 keluar dari hotel untuk pulang. Sebelum pulang sekali lagi kami menikmati Lunch di Shahzan Inn.
Kami bergambar ramai ramai untuk kenangan.

Saling berpelukan dan mengucapkam Selamat Menyambut Tahun Baru....kami beredar untuk kembali ...dan seterunya menyambung tugas tugas dengan lebih ceria dan penuh dengan komitment.

Pakej percutian inin di uruskan Oleh SilverTravel  & Tours
Kami juga menguruskan percutian Luar Negara.

2 H/ 1M ..HARGA RM 150-00 PER PAX

 1 MALAM PENGINAPAN DI SHAHZAN INN
 2 SARAPAN
 2  MAKAN TENGAHARI
 1 MINUM PETANG
 1 GRAND DINNER
 1 MINUM LEWAT MALAM.


Sehingga saya menulis lagi
dari AIZA JOHAN WRITES.


SHAHZAN INN - BAHAGIAN BELAKANG

allan water - boating

ambil gambar apa tu !!!!

aktivity memanah

DARI BILIK HOTEL - KABUS YANG SANGAT TEBAL
KEGIRANGAN

HADIAH ISTIMEWA