"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Sunday, December 25, 2011

FREE STAY 2 DAYS / 1 NIGHT STAY AT SHAHZAN INN @ FRASER`S HILL.


                       ADS4RICHS.COM  / SILVER NET EVENT.

Mendaftar  keahlian   RM 350-00 – ( AHLI ADS4RICHS.COM /SILVERNET )
FREE STAY - 2 DAYS / 1 NIGHT AT SHAHZAN INN @ FRASER`S  HILL
OR 2 DAYS / 1 NIGHT AT PUTERI BAYU RESORT PULAU PANGKOR.
               Layak untuk 

  • Pengiklanan          
  • DIiskaun untuk barangan minuman kesihatan Fit Line.
  • DISKAUN  UNTUK PAKEJ PELANCUNGAN.
  • PENDAPATAN SAMPINGAN.
  • BOOKLET UNTUK PAKEJ PERLANCUNGAN./ BIZ MANUAL.

a)       PENGIKLANAN.
Info tentang perniagaan anda akan dipamerkan dilaman web ADS4RICHS.COM.
Staff Silver Net Event akan menyediakan satu blog untuk anda. Blog peribadi supaya anda dapat memberi lebih info tentang perniagaan anda. Pihak syarikat juga akan mengiklanan perniagaan anda melalui YOU TUBE;

b)      DISKAUN UNTUK PRODUK.
Minuman kesihatan Fitline membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan anda. Produk yang terbukti berkesan. Boleh di beli secara individu item atau lebih baik jika dibeli satu set. Anda mendapat diskaun 10 % di atas pembelian. Lawati blog: nooraiza.blogspot.com untuk info tentang Fit Line.

c)     DISKAUN UNTUK PAKEJ PELANCUNGAN.
Silvernet Travel  & Tours bekerjasama memberi 10%-20% diskaun untuk pakej perlancungan / percutian ke destinasi yang anda pilih (Sila rujuk kepada SNTT untuk diskaun ). Percuma untuk Pakej percutian 2 hari / 1 malam   di Pulau Pangkor ,/ Fraser Hill atau Puncak Gunung Jerai ,( pilih satu diantara 3 destinasi ). Syarikat memberi diskaun  sebanyak 10 % untuk 4 pax  bagi  ahli keluarga . Tarikh perlancungan / percutian sah laku selepas 3 bulan mendaftar sebagai ahli ADS4RICHS.COM / SILVERNET. Tempoh percutian untuk diskaun hanya dalam masa 12 bulan. Lawati Blog : holidaysandleisure.blogspot.com untuk pakej perlancungan.

d)       PENDAPATAN SAMPINGAN
Jika anda ingin mendapat pendapatan sampingan, anda hanya perlu menjemput kawan kawan anda mendaftar menjadi ahli ADS4RICHS.COM / SILVERNET. Anda akan diberi komission RM 80-00 untuk satu kemasukan.
Anda juga boleh mendaftar menjadi pengedar minuman kesihatan FIT LINE untuk mendapat pendapatan sampingan.
 __________________________________________________________________              
                                   Untuk penerangan lanjut;  Sila hubungi;
Silver Net Event  ( IP – 0300057 k )
A1-53 Pengkalan Emas Mall 31650 Jalan Pasir Puteh Ipoh Perak.
Tel; 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
(FB ) SILVER NET EVENT  BLOG: nooraiza.blogspot.com.



                                         






Weekend Gateaway at Shahzan Inn @ Fraser`s Hill ( The Little England ) S...

Saturday, December 24, 2011

PERCUTIAN KELUARGA DI FRASER`S HILL ( THE LITTLE ENGLAND)....by silver net event.



Pada 17hb - 18 hb. Dec.2011 Perjumpaan keluarga Allahyarham Haji Oneh Bin Hj Sharif dan Allahyarhamah Hajjah Majidah Bt Abd Aziz telah diadakan di Shahzan Inn  @ Fraser`s Hill.
Bermula dari Kg Kepayang Simpang Pulai kami bertolak pada pukul 8.00 pagi.  Tiba di Kuala Kubu Baru lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. Singgah di Kuala Kubu untuk breakfast sambil menunggu anak saudara
dari Kuala Lumpur. Breakfast di Kuala Kubu Bharu  di sponsored oleh anak saudara, Fairuz. Terima Kasih ye....bila boleh belanja auntie lagi ?.
Perjalanan ke ke Fraser`s Hill ambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Kubu Bharu. Perjalanan yang tidak begitu susah. Tiba di Fraser`s Hill terus check in di Shahzan Inn. Aktiviti bebas.
Cuaca pada hari itu sangat sejuk kerana hujan renyai renyai dan kabus yang sangat tebal.Pada hari pertama tidak dapat menjalankan aktiviti kerana hujan dan kabus.
Minuman petang pada pukul 4.00 . Semua orang lapar sehingga pihak hotel terpaksa masak Koyteow goreng untuk tambahan. Bersantai mengikut aktiviti sendiri.
Makan malam pada pukul 8.30 malam. Entertainment seperti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana ahli keluarga yang  hadir tidak ramai seperti yang dirancang pada permulaannya.
Makan malam dihdang secara Set Dinner di restaurant Lela Manja.Makanan yang disediakan sangat enak tepat dengan citarasa saya. Apa lagi...saya makan bertambah -tambah. Ada satu menu tu..masak ayam dengan mangga, sangat sedap. Sekali lagi Tuan Fairuz sponsored teh tarik. Majlis dimulakan dengan kata aluan dari Tuan Fairuz  ( perjumpaan ini hasil  idea  dari Tuan Fairuz ) Di ikuti ucapan dari saudara yang sulung yang kami panggil  Cho, diikuti dengan Pak Lang , Mak Yang, uncle Puat dan Pak su..
Tiba masa penyampaian hadiah. Kanak kanak diberi choklat dan yang dewasa di beri hadiah mengikut cabutan hadiah. Ditulis diatas kertas dan mereka perlu memilih sendiri hadiah itu. Apa ynag tertulis diatas kertas itulah hadiah yang mereka dapat. Cool kan...Tahniah kepada Mak Yang dan Pak Lang kerana mendapat Grand prize sponsored by SilverNet Travel iaitu return  AIRASIA ticket to Kucing Sarawak pada bulan March nanti. Anda mahu ?......kena ikut saya pergi Frasers` Hill dulu. Insyaalah SilverNet akan sponsor tiket ke destinasi lain pulak.
Pihak  hotel sangat sporting. Encik Mokhtar Pengurus Shahzan Inn melayan kami dengan mesra. Sudah pasti Shahzan Inn akan menjadi pilihan saya dimasa akan datang..

Keesokan hari nya kami enjoy dengan breakfast. Saya memang suka ambil breakfast kat hotel. Macam macam ada. Cuaca nampak ok jadi kami terus melawat sekitar Fraser`s Hill..Akis pergi jogging sorang sorang diwaktu pagi dalam kabus tebal...jogging punya jogging tak sedar dia sampai kat satu bungalow yang di tinggal.( abandoned bungalow ) Bayangkan...didalam kabus tebal sebuah bungalow lama di hadapan anda.....kata Akis dia pun patah balik tak jadi nak teruskan aktiviti jongging di pagi itu.
Horse riding kat Paddock. Saya pun naik kuda juga. Seronok betul tapi hanya satu pusingan saja. Satu pusingan RM 5-00. Di Paddock juga ada Archery ( memanah ). Kami teruskan lawatan ke Allan Water.Sebuah tasek di Fraser`s Hill untuk aktiviti boating. Tapi malangnya kami tidak dapat pergi boating kerana air tasek naik dan kabus terlalu tebal. Azma kata  :  Pemandangan di tasek tu macam dalam cerita Merlin ' Island of the Blessed "   Ya...saya setuju...lihat saja gambarnya. Kami juga pergi Ke Jeriau Waterfall..Uncle Puat lagi happening...dia bawa buah durian ke Fraser`s Hill dan kami berkelah buah durian kat Allan Water. EMMMMM.........DURIAN MEMANG BEST. Saya tak sangka bahawa Halilah juga sangat suka kan durian.!!!!!!!
Ahli keluarga pergi membelah di kedai cendrahati......t-shirts dan souveniar lain. Saya tak pergi..hu..hu..hu  sad.....budget tak cukup.
Balik terus packing barang sebab kami harus check out pada pukul 2.00. Sebelum pulang kami sekali lagi di hidang dengan makanan tengahari yang sangat enak  Saya berpuas hati dengan makanan. Saya pasti akan kembali kesana kerana saya sukakkan cuacanya dan juga makanan.Semasa sessi bergambar..Pak Su kata kenapa tak tinggal satu malam lagi ? Macam mana tu...
...
Perjalanan pulang Cho dan Khaleda......throw out. Nasib baik saya tidak.
Dalam perjalanan pulang...kami ditahan oleh pihak polis kerana memotong di double line.Tiga kerta kena. Kereta yang dipandu oleh Uncle Puat / Azma dan Arid. Nasib baik hero Malaya ada. Pak su came to the rescue. Kata Pak su ; " Minta maaf  chikgu...saya Koperal Badrul dari Balai polis Batu Gajah. Kami baru turun dari Fraser`s Hill....ini abang saya dan ini anak saudara saya.....Arid tu anak saya..." Saya rasa disebabkan sama sama anggota  jadi kami dilepaskan. Terima kasih Pak Su..kalau tidak melayang juga duit untuk bayar saman..

Hajat hati nak pergi England tapi hajat tidak kesampaian...jadi memadai lah saya sudah sampai  DI LITTLE ENGLAND   (nama lain bagi Fraser`s Hill )
Terima kasih kepada ahli keluarga yang  sangat sporting untuk percutian keluarga pada tahun 2011. Tahun 2012 dimana pulak. Ketua Keluarga kita  ( Fairuz )  yang akan tentukan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Note. Pada bulan February saya akan organize lagi..kalau nak ikut sila daftar atau contact saya
6013-5971831  / 605-3215680.
* Saya akan dapatkan gambar rakaman permandangan di Fraser`s Hill pula.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday, December 21, 2011

GAMBAR GAMBAR DI FRASER`S HILL PADA 17-18 DEC. 2011

DI LOBBY SHAHZAN INN

POSING BERSAM A ARFAH FARIDAH

NUR KHALEDA BERSAMA ALIA FAIRUZ

MY DARLING   -    NUR KHALEDA.

 Family Gathering :  2 hari / 1 malam.