"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Friday, July 20, 2012

MEMORI RAMADHAN.

Salam sejahtera.
Sudah terlalu lama saya tidak update blog ini.Tidak tahu kenapa....munkin hilang minat untuk menulis buat seketika.
Betul kata pepatah hidup seperti roda...kadang kita dibawah dan kadang diatas.Dimana anda sekarang.?
Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA , bulan untuk kita berpuasa.

Saya suka pada bulan puasa kerana saya dapat bertadarus membaca ALQURAAN di Masjid berhampiran rumah saya.Ramai yang sanggup membetulkan bacaan saya terutamanya membaca dengan bertajwid. HMMMM...selalunya bacaan salah.Terima kasih kepada guru guru dan kawan kawan yang membaca bersama saya.
Bagitu cepat masa berlalu.Ramadhan datang lagi...Di waktu kecil semasa dikampung bulan Ramadhan selalu saya nantikan tetapi bukan untuk bertadarus tetapi untuk menikmati juadah enak yang disediakan oleh ibu saya. Amalan menghantar makanan dirumah jiran , bermain Police & thief ( tapi kami panggil main polis sentry ). Diwaktu itu kawan sepermainan saya semuanya lelaki kerana kawan perempuan tinggal dirumah membantu ibu atau pun study. Saya semasa kecil sehingga sekolah memang sangat lasak. ala ala Tomboy lah gitu gitu......

Sekarang semua itu saya tidak lalui lagi.....giliran saya memasak untuk keluarga.Giliran saya untuk memikirkan juadah yang mesti dhidang setiap kali berbuka puasa dan juga tidak lupa untuk persiapan pada Hari Lebaran nanti.Wow....ternyata bagitu lah tanggungjawab ibu bapa kita semasa kita kecil. Sekarang  ibubapa saya tiada...sudah kembali keRahmatullah..sob...sob...sob.....Saya merindui mereka.................

Dimana juga kita berada tanpa mengira sempadan usia dan juga tanggungjawab kita terhadap kesinambungan kehidupan...mari lah kita sama sama berdoa semuga kita sentiasa dilimpahi dengan nikmat Allah terutama dibulan Ramadhan ini.

Saya juga memohon ampun dan maaf kepada semua rakan dan juga saudara mara  diatas segala kesalahan saya.Kemunkinan ini Ramadhan terakhir saya.......


Hey, hey...jangan emo.....well let`s change the topic.
Nak tanya apa makan kegemaran anda? Bagi saya kalau bulan puasa bubur atau pengat pisang menjadi satu hidangan yang wajib. Saya suka makanan yang manis-manis.
Baru baru ini saya terbaca didalam majaalah AL ISLAM ..Rasullullah mengemari makanan yang manis dan sejuk. Marilah kita sama sama mengikut amalan Nabi kita yang tercinta.

Sampai disini dulu...walau pun masih awal hari ...hmmm perut dah rasa lapar.

Sehingga kita bertemu lagi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SALAM DARI NAJ PUAT
21/7/2012  SABTU 11.00 PAGI
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Insyaalah saya akan update setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini . Saya ingin membuat catitan SEBULAN DI BULAN RAMADHAN.