"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Sunday, December 25, 2011

FREE STAY 2 DAYS / 1 NIGHT STAY AT SHAHZAN INN @ FRASER`S HILL.


                       ADS4RICHS.COM  / SILVER NET EVENT.

Mendaftar  keahlian   RM 350-00 – ( AHLI ADS4RICHS.COM /SILVERNET )
FREE STAY - 2 DAYS / 1 NIGHT AT SHAHZAN INN @ FRASER`S  HILL
OR 2 DAYS / 1 NIGHT AT PUTERI BAYU RESORT PULAU PANGKOR.
               Layak untuk 

  • Pengiklanan          
  • DIiskaun untuk barangan minuman kesihatan Fit Line.
  • DISKAUN  UNTUK PAKEJ PELANCUNGAN.
  • PENDAPATAN SAMPINGAN.
  • BOOKLET UNTUK PAKEJ PERLANCUNGAN./ BIZ MANUAL.

a)       PENGIKLANAN.
Info tentang perniagaan anda akan dipamerkan dilaman web ADS4RICHS.COM.
Staff Silver Net Event akan menyediakan satu blog untuk anda. Blog peribadi supaya anda dapat memberi lebih info tentang perniagaan anda. Pihak syarikat juga akan mengiklanan perniagaan anda melalui YOU TUBE;

b)      DISKAUN UNTUK PRODUK.
Minuman kesihatan Fitline membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan anda. Produk yang terbukti berkesan. Boleh di beli secara individu item atau lebih baik jika dibeli satu set. Anda mendapat diskaun 10 % di atas pembelian. Lawati blog: nooraiza.blogspot.com untuk info tentang Fit Line.

c)     DISKAUN UNTUK PAKEJ PELANCUNGAN.
Silvernet Travel  & Tours bekerjasama memberi 10%-20% diskaun untuk pakej perlancungan / percutian ke destinasi yang anda pilih (Sila rujuk kepada SNTT untuk diskaun ). Percuma untuk Pakej percutian 2 hari / 1 malam   di Pulau Pangkor ,/ Fraser Hill atau Puncak Gunung Jerai ,( pilih satu diantara 3 destinasi ). Syarikat memberi diskaun  sebanyak 10 % untuk 4 pax  bagi  ahli keluarga . Tarikh perlancungan / percutian sah laku selepas 3 bulan mendaftar sebagai ahli ADS4RICHS.COM / SILVERNET. Tempoh percutian untuk diskaun hanya dalam masa 12 bulan. Lawati Blog : holidaysandleisure.blogspot.com untuk pakej perlancungan.

d)       PENDAPATAN SAMPINGAN
Jika anda ingin mendapat pendapatan sampingan, anda hanya perlu menjemput kawan kawan anda mendaftar menjadi ahli ADS4RICHS.COM / SILVERNET. Anda akan diberi komission RM 80-00 untuk satu kemasukan.
Anda juga boleh mendaftar menjadi pengedar minuman kesihatan FIT LINE untuk mendapat pendapatan sampingan.
 __________________________________________________________________              
                                   Untuk penerangan lanjut;  Sila hubungi;
Silver Net Event  ( IP – 0300057 k )
A1-53 Pengkalan Emas Mall 31650 Jalan Pasir Puteh Ipoh Perak.
Tel; 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
(FB ) SILVER NET EVENT  BLOG: nooraiza.blogspot.com.



                                         






Weekend Gateaway at Shahzan Inn @ Fraser`s Hill ( The Little England ) S...

Saturday, December 24, 2011

PERCUTIAN KELUARGA DI FRASER`S HILL ( THE LITTLE ENGLAND)....by silver net event.



Pada 17hb - 18 hb. Dec.2011 Perjumpaan keluarga Allahyarham Haji Oneh Bin Hj Sharif dan Allahyarhamah Hajjah Majidah Bt Abd Aziz telah diadakan di Shahzan Inn  @ Fraser`s Hill.
Bermula dari Kg Kepayang Simpang Pulai kami bertolak pada pukul 8.00 pagi.  Tiba di Kuala Kubu Baru lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. Singgah di Kuala Kubu untuk breakfast sambil menunggu anak saudara
dari Kuala Lumpur. Breakfast di Kuala Kubu Bharu  di sponsored oleh anak saudara, Fairuz. Terima Kasih ye....bila boleh belanja auntie lagi ?.
Perjalanan ke ke Fraser`s Hill ambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Kubu Bharu. Perjalanan yang tidak begitu susah. Tiba di Fraser`s Hill terus check in di Shahzan Inn. Aktiviti bebas.
Cuaca pada hari itu sangat sejuk kerana hujan renyai renyai dan kabus yang sangat tebal.Pada hari pertama tidak dapat menjalankan aktiviti kerana hujan dan kabus.
Minuman petang pada pukul 4.00 . Semua orang lapar sehingga pihak hotel terpaksa masak Koyteow goreng untuk tambahan. Bersantai mengikut aktiviti sendiri.
Makan malam pada pukul 8.30 malam. Entertainment seperti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana ahli keluarga yang  hadir tidak ramai seperti yang dirancang pada permulaannya.
Makan malam dihdang secara Set Dinner di restaurant Lela Manja.Makanan yang disediakan sangat enak tepat dengan citarasa saya. Apa lagi...saya makan bertambah -tambah. Ada satu menu tu..masak ayam dengan mangga, sangat sedap. Sekali lagi Tuan Fairuz sponsored teh tarik. Majlis dimulakan dengan kata aluan dari Tuan Fairuz  ( perjumpaan ini hasil  idea  dari Tuan Fairuz ) Di ikuti ucapan dari saudara yang sulung yang kami panggil  Cho, diikuti dengan Pak Lang , Mak Yang, uncle Puat dan Pak su..
Tiba masa penyampaian hadiah. Kanak kanak diberi choklat dan yang dewasa di beri hadiah mengikut cabutan hadiah. Ditulis diatas kertas dan mereka perlu memilih sendiri hadiah itu. Apa ynag tertulis diatas kertas itulah hadiah yang mereka dapat. Cool kan...Tahniah kepada Mak Yang dan Pak Lang kerana mendapat Grand prize sponsored by SilverNet Travel iaitu return  AIRASIA ticket to Kucing Sarawak pada bulan March nanti. Anda mahu ?......kena ikut saya pergi Frasers` Hill dulu. Insyaalah SilverNet akan sponsor tiket ke destinasi lain pulak.
Pihak  hotel sangat sporting. Encik Mokhtar Pengurus Shahzan Inn melayan kami dengan mesra. Sudah pasti Shahzan Inn akan menjadi pilihan saya dimasa akan datang..

Keesokan hari nya kami enjoy dengan breakfast. Saya memang suka ambil breakfast kat hotel. Macam macam ada. Cuaca nampak ok jadi kami terus melawat sekitar Fraser`s Hill..Akis pergi jogging sorang sorang diwaktu pagi dalam kabus tebal...jogging punya jogging tak sedar dia sampai kat satu bungalow yang di tinggal.( abandoned bungalow ) Bayangkan...didalam kabus tebal sebuah bungalow lama di hadapan anda.....kata Akis dia pun patah balik tak jadi nak teruskan aktiviti jongging di pagi itu.
Horse riding kat Paddock. Saya pun naik kuda juga. Seronok betul tapi hanya satu pusingan saja. Satu pusingan RM 5-00. Di Paddock juga ada Archery ( memanah ). Kami teruskan lawatan ke Allan Water.Sebuah tasek di Fraser`s Hill untuk aktiviti boating. Tapi malangnya kami tidak dapat pergi boating kerana air tasek naik dan kabus terlalu tebal. Azma kata  :  Pemandangan di tasek tu macam dalam cerita Merlin ' Island of the Blessed "   Ya...saya setuju...lihat saja gambarnya. Kami juga pergi Ke Jeriau Waterfall..Uncle Puat lagi happening...dia bawa buah durian ke Fraser`s Hill dan kami berkelah buah durian kat Allan Water. EMMMMM.........DURIAN MEMANG BEST. Saya tak sangka bahawa Halilah juga sangat suka kan durian.!!!!!!!
Ahli keluarga pergi membelah di kedai cendrahati......t-shirts dan souveniar lain. Saya tak pergi..hu..hu..hu  sad.....budget tak cukup.
Balik terus packing barang sebab kami harus check out pada pukul 2.00. Sebelum pulang kami sekali lagi di hidang dengan makanan tengahari yang sangat enak  Saya berpuas hati dengan makanan. Saya pasti akan kembali kesana kerana saya sukakkan cuacanya dan juga makanan.Semasa sessi bergambar..Pak Su kata kenapa tak tinggal satu malam lagi ? Macam mana tu...
...
Perjalanan pulang Cho dan Khaleda......throw out. Nasib baik saya tidak.
Dalam perjalanan pulang...kami ditahan oleh pihak polis kerana memotong di double line.Tiga kerta kena. Kereta yang dipandu oleh Uncle Puat / Azma dan Arid. Nasib baik hero Malaya ada. Pak su came to the rescue. Kata Pak su ; " Minta maaf  chikgu...saya Koperal Badrul dari Balai polis Batu Gajah. Kami baru turun dari Fraser`s Hill....ini abang saya dan ini anak saudara saya.....Arid tu anak saya..." Saya rasa disebabkan sama sama anggota  jadi kami dilepaskan. Terima kasih Pak Su..kalau tidak melayang juga duit untuk bayar saman..

Hajat hati nak pergi England tapi hajat tidak kesampaian...jadi memadai lah saya sudah sampai  DI LITTLE ENGLAND   (nama lain bagi Fraser`s Hill )
Terima kasih kepada ahli keluarga yang  sangat sporting untuk percutian keluarga pada tahun 2011. Tahun 2012 dimana pulak. Ketua Keluarga kita  ( Fairuz )  yang akan tentukan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Note. Pada bulan February saya akan organize lagi..kalau nak ikut sila daftar atau contact saya
6013-5971831  / 605-3215680.
* Saya akan dapatkan gambar rakaman permandangan di Fraser`s Hill pula.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday, December 21, 2011

GAMBAR GAMBAR DI FRASER`S HILL PADA 17-18 DEC. 2011

DI LOBBY SHAHZAN INN

POSING BERSAM A ARFAH FARIDAH

NUR KHALEDA BERSAMA ALIA FAIRUZ

MY DARLING   -    NUR KHALEDA.

 Family Gathering :  2 hari / 1 malam.
 

Tuesday, November 29, 2011

BUNGA APRIL - cerekarama TV 3 .

29/11/2011. Dari semalam lagi perasaan bosan melanda. Kalau bosan apa nak buat ? Check FB   tak ada siapa pun nak chatting. Post pun tak ada yang response...huhuhu..sad..sad..sad........
Dalam kebosanan tu , malam tadi layan cerekarama TV 3, cerita bermadu lagi.!!!!!.
Tapi kali ini ceritanya berbeza sedikit, walau pun baru siri 3 ( kalau saya tak silap ) skrip  dan lakunan membuat saya rasa puas menonton.
Ceritanya : Noniswara sebagai Hamidah seorang yang berjaya didalam perniagaan, Syarikat Wangsa SB yang ditubuhkan bersama dengan suaminya Dato Azmi. Kesah bermula apabila Dato Azmi berkahwin dengan Setiausaha kepada Hamidah  iaitu Aishah.
Bukan nak cerita pasal sinopsis tu sangat tapi nak sokong  tindakan Hamidah apabila mengetahui tentang perkahwinan itu. Walau pun sedih dengan perbuatan suami tapi Hamidah tetap kuat dan bersikap agresif untuk mempertahan kan diri apabila Dato Azmi menyalahkan Hamidah apabila perkahwinan mereka gagal.
Suami selalu menyalahkan isteri apabila mereka kahwin lain. Konon nya isteri tidak bertanggungjawab, tak jaga makan minum .......itulah....... inilah.....dan yang hairan tu selepas bertahun -tahun bersama baru sekarang nak nampak buruk isteri tu.Macam macam lah alasan diberi apabila suami dah mula hilang kasih dan sayang pada isteri.  Saya pun tak boleh terima kalau dituduh bagitu...padahal rezeki sama sama cari.Tapi Hamidah ni steady aje bila dia menentang tuduhan suaminya.Puas hati saya menontonnya. Selalu dalam cerita akan ditonjolkan si isteri menangis tak berlagu , bila suami kawin lain.
Hey ladies......be strong....kalau jodoh setakat itu, biarkan saja.....sayang suami terhadap isteri sempadannya adalah talak. Kalau sudah ditalak , memang putus sudah kasih sayang. Jangan ditangisi dan menunggu  pada yang tak sudi. Sayang lah diri kita sendiri , jangan meratapi takdir dan itu sudah menjadi bahagian kita.
Hamidah.... yakin dengan dirinya dan  watak dibawa adalah seorang wanita yang tegas dan beliau terus membina keyakinan diri..Mesti terus tabah. Biarkan kalau suami nak beristeri lain tapi isteri mesti jangan patah semangat. Baiki diri.......sehingga suami akan rasa menyesal meninggalkan isteri.
Wanita sebenarnya kaum yang hebat...........
Tajuk cerita Bunga April
Ihklas dari NAJ._________________________________________________________________
Please visit my other blog:

  • aizanetwork.blogspot.com - about baking / cakes /receipes
  • visitperak.blogspot.com  - Info about Perak State adn Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com - about travellng / holidays / Europe Tour.


IKLAN online.
FITLINE;, Nutritonal drinks, regain your health and beauty.
Click at the side bar to view more.
Call 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
____________________________________________________________

Monday, November 28, 2011

KUCING / SARAWAK TOUR - harga istimewa untuk ex-MGS

Apa khabar kawan kawan saya semua.
Saya akan organise satu pakej perlancungan ke Kucing Sarawak pada bulan March tahun depan ( atau pada musim sekolah). Pakej ini hanya untuk kawan kawan Mgs saja. Pakej  3 hari 2 malam. Harga yang sangat murah yang saya tawarkan iaitu RM 700-00 per pax. Muraaaaah...........sangat. Tempat terhad.

Deposit RM 350-00   sebelum  25/12/2011. First come first serve.
___________________________________________________________________________

SILVERNET TRAVEL & TOUR (M`SIA) SDN BHD
955490 D
A-1-53 PENGKALAN EMAS MALL 31650 JALAN PASIR PUTEH
IPOH PERAK.
TEL. 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
(FB ) SILVERNET TRAVEL & TOURS (M`SIA) SDN BHD.
BLOG: holidaysandleisure.blogspot.com,


SARAWAK – KUCING TOUR
3 DAYS 2 NIGHTS.   -  RM 1,035-00

DAY  1       ( SATURDAY )  - no meals.
Meet and greet on arrival at Kucing Airport.
Proceed for Kucing City Tour, tour include visit to Sarawak Museum, the old court House, Kucing Water Front , Cat Monument, Civic Tower, Sarawak Pottery Factory & Satok Week-end Market.
Check in hotel.

Day  2     ( Sunday ) -  breakfast.
Breakfast at the hotel.
Tour starts at 9.00. Visit to Serikin Border for Shopping ( Sarawak and Kalimantan Border ). This border market open every Saturday and Sunday sale mainly rattan prducts , batik, handicraft, dried prawn/fish and many more.
Back to hotel. Lunch and dinner on your own.

Day  3   ( Monday ) – breakfast.
Breakfast at hotel. At 9.00 check out and proceeds to Sarawak Cultural Village.
The cultural Village comprises a unique collection of authentic taditional building, which sprawl across the foothills of Mount Santubong, 35 KM from Kucing. Known as the living Museum the Cultural Village portrays the distinct cultures of Sarawak`s many ethnic group. Wander around the village`s traditional dwelling and join the locals in the daily village activities. This tour concludes with a colourful multi-ethnic cultuiral performance presented at the mini theatre.
Transfer to airport for your  departure flight home.

Package Includes:
  • 2 nights stay at Harbour View Hotel ( Standard Twin )
  • Daily breakfast at hotel
  • Return airport hotel transfer ( private tour )
  • Tour excursion as stated above with entrance fees
  • English / BM  speaking guide cum driver.

Price excludes:
  • Travel insurance
  • Tipping for guide
  • Meals
  • Optional Tour.
  • Others not mentioned above.

Note: We will provide transport to bring you for lunch & dinner during tour, meal will be at your own cost.
CARRIER : AIRASIA.- DEPART 8.30  a.m    RETURN  3. 05  p.m

CULTURAL VILLAGE

SERIKIN BORDER- SHOPPING.


CULTURAL VILLAGE.
_______________________________________________________________________
Please visit my other blog:

  • izaanetwork.blogspot.com - about baking / cakes / receipes.
  • visitperak.blogspot.com - Info about Perak State and Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com - about travelling / holidays - Europe Tour.

IKLAN ON LINE.
FITLINE - Nutrional drinks , regain your health and beauty.
Click at the side bar to know more
Call 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
_______________________________________________________________________

Thursday, November 24, 2011

SUNG BONG CHOI / Korea got talent. - nooraiza.logspot.com



24/11/2011. Nur Khaleda yang suruh saya menonton video ini. KOREA GOT TALENT. Pada permulaan saya fikir perempuan ini yang perform ....Sung Bong Choi.seorang budak lelaki berumur 22 tahun yang perform. Sesungguhnya selepas saya menonton saya rasa  anda sekelian patut menontonnya juga. Satu kesah yang sangat menyentuh perasaan saya. Menangis juga lah...terharu .....
Pengajaran dari video ini...... akan saya ambil sebagai pedoman hidup. Bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Se lepas audition ini...beliau dikenali ramai dan para wartawan telah interview beliau. Tanya wartawan , apa perasaan beliau selepas dikenali. Nak tahu apa jawabnya.  "Saya rasa saya ada sebab untuk terus hidup ( I have reason to live ) ". satu jawapan yang sangat klise. Munkin selama ini beliau tidak kisah sama ada hidup atau mati. Terpancar di wajah nya....muka seorang lelaki yang tidak ada feeling dan lihat dari matanya mengungkap penderitaan dan harapan. Didalam penderitaan masih mampu meraih kejayaan.Bakat  ini adalah anugerah yang Maha Esa untuk insan seperti nya. Insan yang hebat contohnya seperti penyanyi kita Black, Chikgu Shidah ( arts of miming )... They cling to their dreams ...mereka mencipta sejarah dan satu phenomina.
Video ini memberi saya kesedaran dan untuk saya terus berusaha didalam mengharungi liku liku kehidupan.
Tidak ada yang mustahil jika Allah yang memberinya.....
Banyak lagi mengenai cerita berkenaan Mr Sung Bong Choi...sekarang dah jadi penyanyi dan dah ada show..

IKLAS DARI NAJ.
______________________________________________________________
Please visit my other blog:

  • holidaysandleisure.blogspot.com - about travelling / holidays / Europe Tour
  • visitperak.blogspot.com  - Info about Perak State and Tour
  • aizanetwork.blogspot.com - about baking / cakes / receipes.


IKLAN ONLINE
FITLINE - Nutritional Drinks , Regain your health and beauty.
Click at the side bar for more info.
Call 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
_______________________________________________

Monday, November 21, 2011

HARIMAU MUDA MALAYSIA - Dari album Kenangan ku dan Masih ku ingat

22/11/2011. Hari ini buka FB, dekat wall penuh dengan pujian kepada Harimau Muda Malaysia kerana telah mengalah kan Garuda Muda Indonesia untuk pingat emas didalam keJohanan Sukan Sea yang 26 di Jakarta.
Rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan ini. Secara peribadi, saya tidak menonton perlawanan pada malam tadi sepenuhnya. Saya hanya mendengar sorakan dan komen komen dari Nur Khaleda bersama abahnya.( Zainal )
Apa pun yang saya nak tulis di sini ialah bukan kemenangan  tetapi semangat perjuangan itu. Kedua dua pasukan memang mempunyai semangat untuk menang. Memang telah dilatih supaya tidak mengaku kalah sehingga disaat akhir. Menang melalui sepakan  penalty.kadang kadang bergantung kepada nasib, kedua dua pasukan menunjukkan sikap kesukanan yang jitu. Pada saya kemenangan layak untuk  Harimau Malaysia dan juga Garuda Indonesia tapi adat perlawanan mesti ada satu pemenang saja dan  kemenangan berpihak kepada Malaysia.TAHNIAH.....semua orang puas hati dan bangga.
Pasukan Harimau Muda Malaysia telah didedahkan dengan perlawanan dan dijaga rapi oleh jurulatih untuk mereka sampai ketahap ini. Pemain nampak sihak dan bersemangat......dan semua keperluan disediakan. Cuba saja kita lihat pasukan Myammar........Maaf kalau saya salah tapi dimata saya pasukan Myammar lagi hebat.Pemainnya kelihatan sangat mentah tidak berpengalaman dan dari segi penampilan ditonjolkan seolah mereka tidak mendapat penjagaan dan kemewahan seperti  Pemain Harimau Muda Malaysia..............
dan mereka masih mampu merangkul pingat gangsa. Ini semua kerana semangat untuk menang dan semangat kesukanan.
SYABAS DAN TAHNIAH ....Harimau Muda Malaysia. Di lain perlawanan, mesti improve lagi Ganjaran untuk pemain bagaimana mana ye...?

Kenangan Ku dan masih ku ingat..
Saya juga seorang ahli sukan tapi saya tidak lah mewakili negara hanya untuk pemain negeri saja. Saya mewakili negeri Perak untuk permain Bola Jaring dan Basket Ball. Didalam olahraga saya mengambil bahagian didalam acara 100m sprints , 200 m , Long Jump dan juga relays.  400m tak boleh pergi......tak cukup handal. KENANGAN saya.... walau pun banyak acara yang saya wakili tapi  saya tidak pernah mendapat ganjaran dari segi material seperti wang ringgit. Nak tahu saya dapat apa? Hanya sehelai short  (seluar pendek ) dan sehelai t-shirt. Itu saja.....tapi saya tetap berjuang kerana sikap kesukanan itu ada dalam diri saya
Kepada sahabat saya Abd Raziz Mat Dewa......masih kah kau  ingat perjuangan kita untuk MAYBANK? Masih kah kau ingat pada Paul / Peter.Kita selalu menang didalam perjuangan kita kerana kita berjuang untuk kesukanan......dan juga kepada kawan kawan yang lain dimana anda //////.
Well..... terlebih sudah ..... walau pun dulu hebat tapi sekarang nak berjogging pun malas.......dan kesihatan pun dah tak baik sekarang............sekarang dah beralih minat....Layan telenovela Korea.!!!!!!!

Ikhlas dari NAJ.
______________________________________________________________
Please visit my blog:

  • holidaysandleisure.blogspot.com - about travelling / holidays  (Europe Tour )
  • visitperak.blogspot.com - info about P erak State and Tours.
  • aizanetwork.blogspot.com - - about baking /cakes/ receipes.
IKLAN ONLINE
FITLINE  - NUTRITIONAL DRINKS, REGAIN YOUR HEALTH AND BEAUTY.
Click at the side bar for more info.
CALL 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
___________________________________________________________________

Sunday, November 20, 2011

Visit Perak - SLIDE SHOW. / visitperak.blogspot.com

Please click here to view the slide show on Perak State:
Visit Perak - Call 605-3215680 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Visit Perak - Call 605-3215680 Slideshow Slideshow ★ to Perak. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

                                                                       
   Sebahagian dari gambar gambar Negeri Perak terutama Hulu    Perak.
_______________________________________________________________________
Please visit my other blog:

  • holidaysandleisure.blogspot.com  - All about travelling / holidays
  • ( Europe Tour ) 
  • nooraiza.blogspot.com ___ About Fitline, nutritional drinks - Regain your beauty and health.
  • aizanetwork.blogspot.com __ All about baking / cakes / receipes.
CALL ; 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
___________________________________________________________________________




.

PAYUNG EMAS / nooraiza.blogspot.com

20/11/2011 - Malam tadi layan Cerekarama TV3 bertajuk PAYUNG EMAS. Tajuknya saja menarik perhatian saya. Mesti cerita pasal bermadu ni......Bila isteri membenarkan suaminya kawin lain, ganjarannya sangat hebat iaitu Payung Emas di padang Mahsyar nanti.....hhmmm. Boleh dapat ke?
Ya, memang itu janjinya tapi layak kah kita mendapat ganjaran itu?. Kalau isteri menyatakan keihklasan memberi izin tapi dihatinya bagaimana?. Kalau sentiasa bersikap curiga, bersedih , ada rasa marah dan dendam....boleh kah isteri dapat payung itu. Ganjaran yang terlampau hebat dijanjikan oleh Allah Yang Maha Esa dan sudah tentu pengorbanan nya mesti sesuatu yang hebat juga.
Memberi izin untuk suami berkahwin lain adalah kemuncak pengorbanan seorang isteri. Isteri yang hebat saja yang sanggup berbuat sedemikian. Pedih dah lara hanya yang menghadapi situasi ini yang akan tahu....' SIGH"....
Pernah bersabda Nabi Junjungan kita..."..ambil sehelai daun kayu yang masih hijau dan diletakan ditas dada isteri yang dmadukan, nescaya daun itu akan bertukar kering dan layu disebabkan bahang kesedihan hati isteri " ( lebih kurang begitu lah maksudnya....maaf kalau saya silap tapi saya pernah mendengar dari Ustaz Ismail iaitu Ustaz Mutawwif pebimbing Jemaah Umrah dan Haji saya, ). Kiasan yang cukup tepat untuk membayangkan penderitaan isteri dan sebab itu lah dijanjikan Payung Emas. Tepuk dada tanya selera..........
mampu kah isteri mendapat Payung Emas itu.?
Bib Hamid mesti suka ni.......tengok saja isteri isteri Ustaz Sauki yang ditarbiah setiap hari untuk berbaik baik bersama madu tapi masih gagal.....masih nak rebut Ustaz yang satu tu.Walau ini adalah cerekarama tapi mesej dan pengajaran dari nukilan penulis skrip yang perlu kita ambil iktibar.
Memang hak lelaki berkahwin lebih dari satu......dan isteri mesti betul betul  redha dan ihklas kerana Allah....KERANA ALLAH......KERANA ALLAH....kerana Allah telah menentukan takdirnya bagitu tanpa seculit pun terasa terguris....Boleh Kah ?. Saya tidak mampu...saya undur diri . Kepada yang bermadu...tahniah saya ucapkan...anda memang hebat.
Tapi kalau jadi juga pada saya ? En. Zainal........sila lah buat pilihan....hahahah

Iklas dari NAJ.
_______________________________________________________________________
PLEASE VISIT MY OTHER BLOG:

  • aizanetwork.blogspot.com - All about baking / cakes / receipes.
  • visitperak.blogspot.com --Info about Perak State and Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com.- All about travelling / holidays  (Europe Tour ] -GET YOUR DISCOUNT- SIGN-UP FOR ADS4RICHS.COM /SILVERNET MEMBERSHIP.

IKLAN ONLINE.
FITLINE - nutritional drinks, regain your health and beauty.
Click at the side bar to know more.
Call 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.

______________________________________________________________________________

Thursday, November 17, 2011

ADS4RICHS.COM / SILVER NET EVENT ......nooraiza.blogspot.com

                       ADS4RICHS.COM  / SILVER NET EVENT.

DAFTAR KEAHLIAN  RM 350-00
( ADS4RICHS.COM /SILVERNET )

                        Layak untuk :

  • IKLANKAN PERNIAGAAN.     (  PENGIKLANAN )
  • DISKAUN  UNTUK  PEMBELIAN PRODUK
  • DISKAUN  UNTUK PAKEJ PELANCUNGAN.
  • PENDAPATAN SAMPINGAN.
a)       PENGIKLANAN.
Info tentang perniagaan anda akan dipamerkan dilaman web ADS4RICHS.COM.
Staff Silver Net Event akan menyediakan satu blog untuk anda. Blog peribadi supaya anda dapat memberi lebih info tentang perniagaan anda.

b)      DISKAUN UNTUK PRODUK.
Minuman kesihatan Fitline membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan anda. Produk yang terbukti berkesan. Boleh di beli secara individu item atau lebih baik jika dibeli satu set. Anda mendapat diskaun 20 % di atas pembelian. Lawati blog: nooraiza.blogspot.com untuk info tentang Fit Line.

c)     DISKAUN UNTUK PAKEJ PELANCUNGAN.
Silvernet Travel  & Tours bekerjasama  memberi  10 % - 20%  diskaun untuk pakej  perlancungan / percutian ke destinasi yang anda pilih( rujuk kepada SNTT untuk dskaun ) 40 % diskaun untuk pakej Family Dinner di Pulau Pangkor atau Fraser Hill. Tarikh perlancungan / percutian sah laku selepas 3 bulan mendaftar sebagai ahli ADS4RICHS.COM / SILVERNET.  Lawati Blog : holidaysandleisure.blogspot.com untuk pakej perlancungan.

d)       PENDAPATAN SAMPINGAN
Jika anda ingin mendapat pendapatan sampingan, anda hanya perlu menjemput kawan kawan anda mendaftar menjadi ahli ADS4RICHS.COM / SILVERNET. Anda akan diberi komission RM 80-00 untuk satu kemasukan.
Anda juga boleh mendaftar menjadi pengedar minuman kesihatan FIT LINE untuk mendapat pendapatan sampingan.
 __________________________________________________________________             
                                   Untuk penerangan lanjut;  Sila hubungi;
Silver Net Event  ( IP – 0300057 k )
A1-53 Pengkalan Emas Mall 31650 Jalan Pasir Puteh Ipoh Perak.
Tel; 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
(FB ) SILVER NET EVENT  BLOG: nooraiza.blogspot.com.

IKLAN
PENDAPATAN
FITLINE
PERLANCUNGAN / PERCUTIAN
                                                                                 
   

Tuesday, November 15, 2011

AZAM BARU DAN EUROPE TOUR ......nooraiza.blogspot.com.

Hari ini 15/11/2011........tahun 2011 akan berlalu dan 2012 pula menanti. Masih ku ingat..... awal tahun 2011 dipenuhi dengan azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.Peluang datang dan pergi___jangan ditenung pintu yang dah tutup masuk lah kedalam pintu yang masih terbuka   ( meminjam kata kata dari Tuan Kuzali didalam postnya ) tapi...tapi...tapi...kan saya serupa tu juga. Azam tinggal azam peluang tinggal peluang. Pintu terbuka belum ditutup...........saya masih saya...... SOLITAIRE ............


Tidak mengapa, saya buat azam lagi. Azam baru...... Cita cita nak jadi kaya....tak mahu terbeban dengan hutang piutang .....dan tingkatkan amal ibadat ( patutnya saya tak perlu tulis tentang amal ibadat kerana itu amalan peribadi takut timbul riak ) . Siapa yang ada peluang nak gandakan RM ..calling lah saya ye .............
Saya nak gandakan RM sebab azam saya untuk 2012 saya nak pergi Europe Tour dengan family.
JOM kita pergi Europe ''''''''' 


SWITZERLAND / GERMANY / NETHERLANDS / BELGIUM / FANCE / ENGLAND.
Aturcara perjalanan: sila rujuk pada : holidaysandleisure.blogspot.com. Dari kecil lagi memang saya berminat untuk melancung ke Negara Eropah ni.....sangat sangat suka. Saya teringin nak melawat country side nya. Nak pergi Zaanse Shans dan Volendam. nak tengok windmills dan industri cheese mereka. Rumah rumah kat Volendam dan Zaanse Shans pun unik... teruja sangat nak pergi. Kalau di Swtizerland nak pergi naik cable car untuk ke Mt Titlis....ada salji...wow.......seronoknya......!!!!!! Menjelajah Europe dengan menaiki Eurotrain. Kalau nak ikut pakej ini anda hanya perlu bayar deposit RM 500-00 sebelum 25/12/2011 dan anda akan diberi diskaun sebanyak 30 % dari harga asal.Travelling period dari June to December. Limited seat untuk diskaun hanya 60 pax sahaja. Saya nak pergi pada bulan September 2012. EH....Ini azam ke ? atau impian ke ?

Apa apa pun saya berazam untuk meningkatkan prestasi syarikat perlancungan saya. Dulu dulu saya ada ramai staff tapi hampeh...gaji bayar tapi sales tak masuk. Gulung tikar lah tokey..
Wise man says  ' FAILURE IS THE BEST MENTOR FOR SUCCESS "...... Azam / cita cita / kemahuan/ kesungguhan / usaha /bermatlamat / istiqamah /.........dimasukkan dalam satu kamus akan menjadi satu perkataan KEJAYAAN..

'  MARILAH MENUJU KEJAYAAN.MARILAH MENUJU KEMENANGAN"

Aisshh......terlebih sudah /sampai disini saja.

Ikhlas dari NAJ.
___________________________________________________________________
Please visit my other blogs

  • aizanetwork.blogspot.com -----------All about baking/cakes/receipes.
  • visitperak.blogspot.com -----------Info about Perak / Perak Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com.--------All about travelling / holidays / Europe Tour.


IKLAN ONLINE
FITLINE NUTRITIONAL DRINKS - REGAIN YOUR BEAUTY AND HEALTH.
Click at the side bar for more info.
Call 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
________________________________________________________________




Friday, November 11, 2011

KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT......( Hari kelahiran )-nooraiza.blogspot.com..

Semalam 11/11/2011 pergi makan Pizza sempena ingatan pada harilahir Nur Khaleda, Harilahirnya pada 13/11/2011 tetapi sengaja saya belanja dia makan awal kerana 13/11/2011 tu saya akan berada di Alor Setar dan 14/11/2011 tu pulak Nur khaleda nak periksa SPM.
17 tahun yang lalu saya menerima kehadiran seorang bayi perempuan yang sempurna melalui kaedah pembedahan kerana komplikasi uri  (placenta previa - sorry saya tak pasti akan ejaan nya. ).Suami saya memang mengharapkan seorang bayi perempuan kerana terdahulu saya mempunyai dua orang anak lelaki. Syukur kepada ALLAH Subhanallah diatas kurniaannya.

Kenangan saya __________ disaat saya terlantar di hospital pada 2 tahun yang lalu, Nur Khaleda yang menjaga saya tanpa terkeluar sepatah pun suara rungutan nya. Saya tidak dapat berjalan hanya di sorong di atas wheel chair, Nur Khaleda yang akan mandikan dan menyiapkan saya setiap hari. Makanan di suap dan bila saya tidur Nur Khaleda akan tetap berjaga supaya saya dapat tidur dengan sempurna. Nur Khaleda ambil cuti dan tidak pergi sekolah semata mata mahu menguruskan saya. Tidak dapat saya nak balas jasanya. Terima Kasih Nur Khaleda.
Pada 14/11/2011 Nur Khaleda akan menghadapi peperiksaan SPM. Saya selalu berdoa agar Nur Khaleda mendapat kejayaan di dalam peperiksaannya dan seterusnya terus berjaya didalam kehidupan.
Anak Saya...Nur Khaleda sudah dewasa........
_____________________________________________________________________
Nur Khaleda sudah dewasa.....

Bila ibu pandang wajah mu..........
Terukir kebahagian........abadi.....seerti nama mu Khaleda.
Dewasa juga akhirnya.

Meniti lah kamu dengan kedewasaan mu......
Titian yang kamu cipta sendiri.....
Titian yang akan membawa kamu ke matlamat kehidupan......
Doa Ibu  ,Nur Khaleda akan dikurniakan ' KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT ::
RABBANA ATTINA FIDDUN YA HASANAH, WAFI AKHIRATI HASANAH., WAkKINNAR ADZARBANNA.........
Terima kasih kerana memberi sinar bahagia didalam kehidupan ibu....

Nur Khaleda..........
Kini sudah dewasa.........
Solehah lah Nur Khaleda dengan kedewasaan mu......
Ingat kepada pencipta -mu .................
Matlamat hidup hanya satu................
Akhirat juga yang abadi  .................seerti dengan nama mu Khaleda.

Nur Khaleda......
kini sudah dewasa..........
Harapan ibu dan abah...........
Untuk terus memberi sinar dan kebahagia abadi.........
kepada kami............
Seerti dengan nama mu........Khaleda.....

Nur Khaleda....
Kini sudah dewasa.......

SELAMAT HARI LAHIR NUR KHALEDA.-SWEET 17....
_______________________________________
Nota. Didalam hidup ini tidak pernah sekali pun saya menulis sajak dan tidak suka membaca sajak. Untuk Nur Khaleda saya sanggup lakukan apa saja untuk membuat Nur Khaleda gembira kerana beliau gemarkan penulisan dan sajak.
Sajak ini saya hadiahkan kepada Nur Khaleda sempena  sambutan Hari lahirnya,
Kepada yang membaca blog ini...save your comment for the sajak writing...baru amatur belum pro..

________________________________________________________________
PLEASE VISIT MY OTHER BLOG:
  • aizanetwork.blogspot.com  -------All about baking / cakes / receipes.
  • visitperak.blogspot.com  --------- Info about Perak and Perak Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com -------About travelling and holidays ( EUROPE  TOUR )


IKLAN ON LINE.
FITLINE... REGAIN YOUR HEALTH AND BEAUTY.
CLICK AT THE SIDE BAR FOR MORE INFO;
CALL 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
________________________________________________________________________

Monday, November 7, 2011

Cikgushida Video 43 'Muncul Kamu'

MIMING ART CHIKGU SHIDA - nooraiza.blogspot.com




More of Chikgu Shidah.

Assalammualaikum:
Sekarang saya dapat hobi baru, menulis dan bercerita . Saya mendapat satu ketenangan bila menulis dan bercerita.Yang saya nak tulis pada hari ini berkenaan dengan chikgu Shidah. Saya pernah dengar tentang chikgu Shidah ni tapi saya tidak ambil berat sangat sebab saya anggap biasa saja. Saya buka you tube.....nak cari info tentang travelling tup..tup terbuka video chikgu Shidah ni.Wow.... saya terpegun melihat hasil kerja chikgu Shidah. Seorang yang mempunyai bakat besar didalam skill ' MimingArt" . Seperti yang saya kata didalam post saya yang terdahulu..... Singing is story telling.....anda tengoklah sendiri bagaimana chikgu Shidah menceritakan kepada kita setiap lagu yang dinyanyikan olehnya. Artis kita pun tak sehebat chikgu Shidah didalam skill ini. Pada pendapat saya chikgu Shidah seorang yang berpelajaran , tengok saja hasil kerjanya. Video yang dihasilkan dilakukan sendirian tak perlu masuk studio untuk rakaman. Chikgu Shidah juga mempunyai seraut wajah yang menawan tapi saya lebih suka kalau dia miming dengan berpakaian seperti didalam video ini. Semangat nya perlu di contohi................ berkeyakinan dan tahu apa yang dilakukan. Kepada mereka yang berpandangan negatif terhadapnya cuba fikirkan semula. Walaupun kita se agama dan sebangsa tetapi perspektif kita tentang kehidupan sangat sangat berbeza. Chikgu Shidah berani beraksi untuk tatapan semua orang tanpa berfikiran negatif, seperti kata pepatah "Dont be a chicken but be a King Chicken '
Comment Linda Hanim didalam post saya yang terdahulu, saya 100% setuju. Chikgu Shidah membawa satu pembaharuan didalam teknik pendidikan. Tidak terlalu menekan dan kaedah yang sangat mudah untuk hafalan.
Satu hari nanti saya akan ke Parit hanya untuk bertemu dengan chikgu Shidah........Beri lah sokongan kepada chikgu Shidah. Lady Gaga ...lagi pelik dari Chikgu Shidah tetapi ramai mereka menyanjunginya dan ada yang sanggup disamakan dengan Lady Gaga..........Soalannya Kenapa?

Kepada Chikgu Shidah...teruskan berkarya kerana anda mempunyai bakat yang hebat. Saya peminat nombor 1 anda.

Ikhlas dari NAJ.
______________________________________________________________
Please visit my other blog;

  • aizanetwork.blogspot.com --- All about baking / cakes / receipes/
  • visitperak.blogspot.com --- Info about Perak and Perak Tour.
  • holidaysandleisure.blogspot.com ---All about travelling and holidays ( Europe Tour )


  •  Jakarta- Puncak- Bandung  ( 5D/4N) - RM 1,350-00 per pax                  
  • Medan - Lake Toba - Brastagi  ( 4D/3N ) - RM 890-00per pax            
  • Sabah - Kundasang   ( 4D/3N ) - RM 1,250-00 per pax.                             
  • Family Gathering at Fraser Hill ( 2D/1N ) _ RM180-00 per pax.              
IKLAN ONLINE
FITLINE- REGAIN YOUR HEALTH AND BEAUTY,
CALL 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.
______________________________________________________________________________

Saturday, November 5, 2011

KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT......( Hari Raya Aidil Adha) /nooraiza.blogspot.com.

6/11/2011 - Ahad . Hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha.Kenangan ku dan masih ku ingat.......Setiap tahun apabila tibanya hari Raya AidilAdha ,  pastinya akan terkenang akan satu agenda besar yang terjadi di dalam hidup saya. Hariraya AidilAdha pada tahun 1982 (bersamaan 27/9/1982 ) dengan rasminya saya menjadi ibu kerana selamat melahirkan anak sulung saya Mohd Jayzuan . Masih ku ingat .....seorang bayi lelaki yang sangat comel dan disaat itu keseluruh kasih sayang saya hanya untuknya seorang. Kebahagian yang tidak dapat saya gambarkan  tapi  disaat itu saya terasa seolah olah saya dianugerahkan dengan harta yang tidak ternilai ..dan hanya milik saya seorang. Doa saya kepada Mohd Jayzuan supaya beliau sentiasa menjadi anak yang Soleh dan selalu menyayangi keluarganya.Sekarang Mohd Jayzuan dah besar dan lihat lah video ini. Aktiviti seni yang sangat diminatinya.
Satu lagi perkara yang didalam pemerhatian saya berkenaan Nur Khaleda ( my little darling ).. .apabila tiba hari raya Aidiladha beliau pasti akan pergi surau di Kg Kepayang hanya untuk melihat lembu akan di korbankan.Sehingga di hari ini dan beliau sekarang berumur 17 tahun....masih nak pergi tengok lembu.....hehehe....
Saya ?  seperti biasa lah...setiap hariraya mesti menyediakan juadah . Tapi hari ini dan tahun ini saya tidak menyediakan apa apa yang istimewa hanya rendang ayam / lemang - yang dibeli dan kek istimew kek suji.
Lepas ini baru nak masuk dapur untuk makan tengahari menu ialah nasi beriani.

Kepada mereka yang sedang mengerjakan ibadah HAJI....mudah-mudahan anda dianugerahkan Haji Mabrur. Selamat Hari raya Adiladha...salam ingatan dan maaf zahir dan batin.

Dari NAJ.
______________________________________________________________
Please visit my other BLOG:

  • aizanetwork.blogspot.com  - All about baking / cakes /receipes.
  • visitperak.blogspot.com - Info about Perak dan  Perak Tour.
  • holidaysansleisure.blogspot.com - All about travel and holidays ( Europe Tour )



IKLAN ONLINE.

FITLINE - Regain you beauty and health.
Call 605-3215680 / 601`3-4173415 / 6013-5971831

Friday, November 4, 2011

Thursday, November 3, 2011

ABBA - KOLEKSI LAGU KENANGAN / nooraiza.blogspot.com




Please visit my other BLOG:
  • aizanetwork.blogspot.com --All about baking /cakes / receipe.
  • visitperak.blogspot.com - Info abount Perak / Perak Tour.
  • holidaysandleisure - About travelling and holidays ( Europe Tour )
IKLAN ONLINE.

FITLINE minuman kesihatan dan kecantikan membantu mengembalikan kesihatan dan keremajaan anda. Tel 605-3215680 / 6013-5971831 / 6013-4173415
____________________________________________________________

The Stylistics - KOLEKSI LAGU KENANGAN / nooraiza.blogspot.com




Please visit my other BLOG

  • aizanetwork.blogspot.com  -  All about baking / cakes / receipes.
  • visitperak.blogspot.com. ---Info about Perak and Perak Tour.
  • holidaysandleisure.blogsot.com. - All about travelling and holidays ( Europe Tour )


IKLAN ONLINE.
FITLINE.,Minuman kesihatan dan kecantikan akan mengembalikan kesihatan dan keremajaan anda. Tel 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831.






















Wednesday, November 2, 2011

Monday, October 31, 2011

APA ADA PADA NAMA. ( Dari programme Tanyalah Ustaz ) / nooraiza.blogspot.com.

ASSALAMUALAIKUM pada yang membaca blog ini:

Hari ini saya nak bersembang tentang nama.Apa ada pada nama?. Malam semalam saya menonton Tanya lah Ustaz yang membincangkan tentang nama..Nama yang baik patut diberi pada setiap orang anak terletak ditangan BAPA bukan IBU. Kata Ustaz lagi , kalau nama yang diberi membawa maksud tidak baik, di akhirat nanti anak itu akan menuntut haknya. Wah... berat tu. Dan di akhirat juga nama kita dipanggil dengan nama panggilan seharian kita bukan yang didaftar.Issue ini menarik perhatian saya. Katanya  lagi kalau hendak anak cerdik pandai , bagi nama Zaki atau Zakiah ......tapi dengann syarat jangan dipanggil singkatan seperti  Zack atau Kiah....itu tak boleh jadi. Mesti panggil nama penuh.

Saya pun teringin nak tahu tentang nama anak anak saya. Ye lah disebabkan kejahilan munkin saya telah bagi nama yang tidak baik bagi mereka. Kata Ustaz nama yang diberi atau dipanggil akan mempengaruhi cara hidup kita.

Survey punya survey dan cari punya cari ; inilah definasi yang saya dapat bagi nama keluarga saya. Saya terkedu sebentar kerana nama nama kami memang banyak terserlah dengan peribadi dan character kami . Maka terjawab lah soalan saya ,kenapa kadang kadang anak anak yang saya sayang tidak menurut kata kerana saya yang panggil mereka dengan nama yang melambangkan peribadi mereka. Apa nak buat.....sekarang baru tahu.Kalau dari dulu ada programme Tanyalah Ustaz ......bahagia dunia akhirat.

ZAINAL PUAT ( Husband )  -----------------Cantik ( memang En zainal memang suka bergaya / dari dulu sampai sekarang memang pandai memilih apa juga dari segi pakaian atau perkakas rumah. Padanya wanita mesti pandai menghias diri..dia tak suka kalau saya tak bergaya tapi saya sendiri malas nak bergaya......simple udahlah )

JUAN  ( Anak sulung ) ------------------------- origin dari Spanish bermaksud God`s gracious gift./ Almighty..itu yang ditulis kat internet. ( dalam bahasa Malaysia maksudnya ...macam mana nak explain nie.....). Tidak silap...... , kerana saya selalu merujuk padanya sebagai Raja didalam rumah kerana sikapnya yang sangat protectitive and authoritive tu. Memang ramai follower. Dia selalu lead the way......

AKIS ( Anak kedua ) ------------------Origin dari Greek bermaksud sweet / nice. Sukakan kanak kanak. Saya tak pasti sangat character ni kerana dirumah dia pendiam giler.......tapi yang pasti memang sangat sukakan binatang terutama kucing. Patutnya saya panggil dia Arif  bermaksud knowlegable.....Dan satu lagi.....ramai sangat Girl Friend....Agak agak nya memang sweet / nice le tu.

NUR KHALEDA (Anak bongsu )...........My little darling. Nama berasal dari Arab bermaksud Eternal / Everlasting. Cahaya didalam keluarga saya. Semua orang sayang dia dan selalu bantu saya buat kerja rumah tapi malas masak.. Tak suka katanya.

Nama saya ....malu nak cakap..kalau tak percaya serve sendiri kat internet.

AIZA  ------------------Dari Arabic bermaksud Noble / courage........berhati mulia. Well.....saya tak boleh nak komen disini tanya pada mereka yang kenal saya. tapi kalau dalam Spanish bermaksud CLIFF ROCK....memang saya kepala batu dan kasar. Yang ini tepat lah dengan saya.

Ha...cam ne, carilah nama anda kalau tak elok kita mula lah tukar nama panggilan kita ye.....panggil saya Kak Nor lagi baik maksudnya cahaya.Walau pun tulisan ini sekadar suka suka tapi kita tidak boleh ambil ringan tentang hal ini kalau tidak masa kan Ustaz tu nak sentuh bab -bab seperti ini.

Dah kena stop ni, banyak tugas menanti sehingga bertemu lagi.

Salam dari NAJ.
-----------------------------------------------------------------------------------------
PLEASE VISIT MY OTHER BLOG:
  • aizanetwork.blogspot. com ----------All about baking / cakes / receepes.
  • visitperak.blogspot.com  -----------Infor abut Perak and Perak Travel Package.
  • holidaysandleisure.blogspot.com -------About travellings and holidays.
  • _________________________________________________________________
Iklan : FITLINE MINUMAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN-MAMPU MENGEMBALIKAN KESIHATAN ANDA.

TEL.. 605-3215680  / 6013-4173415 /6013-5971831
Email. Silvernetevent@gmail.com.
FB;  SILVER NET EVENT.
BLOG; nooraiza.blogspot.com.

Saturday, October 29, 2011

nooraiza.blogspot.com. - KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT.....

Asssalammualaikum kawan- kawan.

Apa khabar orang orang Kuak hari ni. Pagi tadi saya makan pagi bersama adik saya Hasni tapi saya panggil dia Seni. Kebetulan kami makan pulut udang. Sedap. Kenangan  semasa dikampung datang kembali. Kalau pasal pulut udang ni tak ada siapa yang boleh menandingi pulut udang Chu Sah. Pulut udangnya sangat sedap dan saya selalu beli.
Sumber pendapatan suri rumah orang Kuak pada masa itu adalah membuat kueh yang dihantar dikedai kopi termasuk ibu saya yang famous dengan kueh serimukanya. Kedai kopi yang ada pada masa itu kedai Tok Wan / Kedai Babu dan Kedai Long Mat. Kedai Pak E selepas kedai mereka ini. Kedai Tok Wan saya selalu beli ais kacang atau ais kepal dan bila saya pulang dari sekolah singgah sekejap baca surat khabar tapi suratkhabarnya dalan tulisan jawi....Kalau kedai  Babu pula tak boleh nak challege kundasnya yang dimakan dengan kuah kacang dan kedai Long Mat pagi pagi saya suka makan pulutnya. Wah..wah.. itu kenangan saya dan masih saya ingat...............Oh ye...betul tak ada kedai kopi Mydin ? saya tak berapa nak ingat.
Kedai runcit Pekan Kuak di kuasai oleh orang China. Kedai Abi / Kedai Kecik / Kedai Gemuk dan Kedai Ah Kau dan ada dua kedai orang melayu iaitu kedai Pak Teh dan kedai Pak Cik Musa.
Pegawai Polis masa itu ialah Tok Din dan Tok Hassan. Kalau Hari Raya saya mesti pergi rumah Tok Hassan sebab boleh makan kek. Kek adalah makanan kegemaran saya tapi susah nak dapat maklum lah ekonomi keluarga saya 'Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang '
Tapi satu perkara yang saya tak faham....China Kecik tu kalau nak beli ayam kampung dia yang letak harga bukan penjual. Ini terjadi pada arwah tok saya Tok Chah. Memang dasar belit sungguh mereka ini. Ketua Kampung masa tu ialah Cu Mid dan orang panggil dia Tok Ketua Hamid.
Gambaran kampung pada zaman enam puluhan masih terakam di peti memori saya.Zaman tu saya masih disekolah rendah. Kemana perginya kawan kawan seusia saya. Rindu sungguh. Nama setengah kawan kawan yang masih saya ingat Rohaiza , Zainab, Sopiah, Nooraini,Jamian, Khadri, Ahmad Termizi, Zulkifli, Azni, Abd Razak, Norsida, Omar dan ramai lagi....Dimana anda semua.....Masa sekolah saya menjadi ketua kelas A. Saya ingat...saya garang dan saya selalu buli budak budak lain.Ye lah masa tu masih kanak kanak masih belum dapat membezakan baik atau buruknya, Ketua kelas B ialah Hamid Saidin
Masa zaman kanak kanak saya sangat nakal. Pergi memanah ikan disungai dengan anak anak Long Mat. Arwah J yang ajar. Memang tomboy habis. Panjat pokok jambu sampai jatuh......tapi anak anak saya sekarang pokok pun tak pandai nak panjat. Dalam keluarga saya ni sebagai black sheep sebab saya hitam!!!!!.dan nakal.
Oooiiii...panjang lagi nak cerita..itu belum masuk bab main polis sentry  atau main tuju tin dan main guli. Memang saya tak pernah belajar masak semuanya permainan orang lelaki.
Tup tup....habis darjah enam saya dapat tawaran belajar di Ipoh. Maka disitu terputus lah hubungan saya dengan kawan kawan dan bermula phasa hidup berasrama.
Suka duka didalam kehidupan ...hari demi hari berlalu ...makin hampir waktu untuk pulang...pengembaraan akan ada penghujungnye.....Bekalan untuk pulang masih belum ada / sempatkah saya menyiapkan bekalan?

Nostalgia zaman kanak kanak tetap nostalgia.Walaupun hidup dikampung saya sangat sangat bahagia walaupun ekonomi keluarga saya tidak baik . Ucapan Jutaan terima kasih saya kepada Arwah bapa saya   Johan Bin Mat Akib ( yang meninggalkan kami lebih kurang 30 tahun yang lalu ) dan ibu saya Supiah Bt Abd Rahman yang membesar dan mendidik saya seadanya. Kasihsayang saya kepada mereka akan terus berkekalan ke akhirat.
Emosi sekejap.........................................................Terima kasih juga kepada guru guru yang memberi saya ilmu dan pendidikan. Arwah Chegu Harun / Chegu Esah / Chegu Jah / Teacher Fauziah dan Sir Hassan.

Dan banyak lagi....KENANGAN KU DAN MASIH KU INGAT......




Sehingga bertemu lagi di lain coretan..
Salam dari NAJ.

Nota; Kalau ada kawan kawan saya yang baca blog ini / hubungi saya 605-3215680 / 6013-4173415 / 6013-5971831. Saya nak buat  satu perjumpaan.