1/12/2012. - Sudah sangat lama saya tidak menulis.Bukan kerana sibuk tetapi kerana kesihatan.
Tahun 2012 akan berlalu tidak lama lagi dan selamat datang 2013. Masa berlalu bagitu cepat tetapi saya masih bagitu tidak ada perubahan.
2012 saya lalui dengan bagitu banyak kenangan suka dan duka. Kehilangan dua orang yang disayangi iitu ibu dan juga abang saya...pergi bertemu Ilahi...Saya tahu mereka sudah tenang dan aman disana. Semuga Roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dengan mereka yang beriman AMIN.
Kesedihan saya kegembiraan saya silih berganti...saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yang senang bersama dan dalam kesusahan juga bersama.Terima kasih sahabat
Kadang kala saya selalu terguris hati dengan perbuatan ataupun percakapan orang yang saya kenali. Saya selalu pendamkan perasaan tapi didalam rasa macam nak balas saja balik........RASA RASA MACAM NAH AMIK KAU.....
Tapi apa gunanya ilmu yang dipelajari kalau kita tidak patuhi. Pergi masjid /dengar ceramah tetapi tidak ada perubahan. Diatas kesedaran itu lah saya beralah walaupun saya sebenarnya seorang yang sangat temper.Kata orang telinga nipis...kalau dicabar mesti saya lawan balik. hehehe
Kepada mereka yang suka menyakiti orang ... tolong lah muhasabah diri.....Berbaik sangka lah diantara satu sama lain. Jaga percakapan kita / Allah kalau nak duga kita sekelip mata saja. Kita tidak hebat.....................
Disini saya menulis untuk meluahkan perasaan saya,.terasa lega dan lapang dada tidak perlu menyimpan dendam lagi. Saya panjatkan kesyukuran saya kepada ALLAH yang maha esa kerana memberi saya kekuatan untuk beralah walau seksa sangat rasa.....rasa seperti orang kalah berjuang tetapi sebenarnya saya telah menang...menang kerana tidak menari mengikut rentak lagu yang mereka palu.
SEKIAN DULU
AIZA JOHAN WRITES
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Yesss, Aiza!
ReplyDeletemakmunah...betulkan apa yang ditulis.Blog saya ni tak ramai follower, kalau ramai baru seronok bercerita.
ReplyDelete