9/12/2012 AHAD.
Bangun pagi ini dan selesai solat, terus pergi dapur dan masak nasi gorng kampung untuk sarapan. Mood tiba tiba rajin pulak kebiasaannya beli aje kueh kueh didepan rumah tu.
Tengok sekeliling..wah! banyak betul kerja rumah yang perlu diselesaikan. Rehat lah sekejap nanti saya bereskan kerja kerja ini...kata hati... macam biasa sikap procrastinate menyaluti diri saya.
Saya sangat suka mencari info dari internet. Apa yang terfikir pasti saya akan google......eemm nasib baik tidak ada anak kecil yang nak dijaga. CUCU? oooohhhhh ampun..biar ibubapa mereka yang jaga.
Bercakap pasal membesarkan cucu...nostalgia. Teringat pulak bagaimana kita membesarkan anak. Saya sangat lemah dengan anak-anak / seingat saya memang saya tidak pernah merotan mereka. Marah tu ada lah.Perlu kah kita merotan.?
Pada satu petang sedang saya asyik chatting di FB saya terdengar bising dari rumah jiran sebelah . Disebabkan keadaan sunyi saya dengar setiap perkataan yang dilafazkan. Rupa -rupa nya si bapa sedang merotan anak lelakinya hanya kerana lambat balik setelah keluar rumah bertemu kawan. Bukan malam pun........waktu itu baru pukul lima petang. Saya termenung.....wah !... sepatutnya macam ini lah mengajar anak
Dengan kasih sayang anak dibesarkan.Doa saya supaya mereka tidak melupakan ibu bapa apabila tiba masa nanti.
Terkenang saya pada kejadian disekeliling saya ( maaf cerita saya tidak menyentuh mana mana individu hanya cerita umum yang selalu terjadi ).....ANAK DAN CINTA .
Anak yang disayangi akan membelakangkan ibu-bapa kerana cinta. Tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu tetapi anak lelaki ini sanggup meninggalkan ibu-bapa kerana cinta, Ibu-bapa tidak merestui pernikahannya.....disebabkan buta mata hati beliau sanggup meninggal keluarga untuk mengikut cinta hatinya.Anak kesayangan...anak harapan.Kalau terjadi kepada anda apakah keputusan yang akan anda ambil? Putuskan perhubungan atau menerima kehendak anak? Saya tidak boleh menjawab sebab tidak terjadi kepada saya. Tapi saya dapat mengerti kerana kadang-kadang kalau anak bujang saya berkawan dengan gadis yang saya tidak berkenan pun sudah terasa sakit hati melihatnya.
Pada pendapat saya....sianak tetap didapati bersalah.....apa-apa juga alasan mereka tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Berkat ibu-bapa akan mendekatkan mereka kepada kepada kebaikan.......kalau membelakang kedua ibu-bapa.....sendiri lah fikir walau pun cinta hati memberi kebahagiaan dunia.
Kepada anak -anak yang terbaca blog ini.....PESANAN DARI SAYA: IBUBAPA TIDAK BOLEH DITUKARGANTI DENGAN APA SEKALI PUN TAPI CINTA HATI ADA DIMERATA-RATA.INGATLAH WAHAI ANAK-ANAK SAYANGI DAN PATUHI KEPADA KEDUA IBUBAPA.
Redha ibu=bapa akan mendapat ganjaran dan redha yang berganda dari ALLAH,.... hdup dan kebahagian dunia adalah sifat sementara. Carilah kebahagian akhirat.
Kepada anak -anak ku......ambil ikhtibar dan berfikir lah.
Untuk kedua ibubapasaya ; DIMANA AKAN KU CARI GANTI....MUNKIN KAH DI SYURGA....
Rindu saya kepada mereka tidak bertepian.
SEKIAN DAN SEHINGGA SAYA MENULIS LAGI
DARI AIZA JOHAN WRITES.....
No comments:
Post a Comment