"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Friday, February 24, 2012

RINDU KU PADA IBU

23/2/2012. Apa khabar semua.
RUMAH KAMPUNG
Sudah dua hari saya didalam mood yang kurang baik. Rasa runsing dan hilang fokus. Selalu kalau perasaan macam ini datang hanya dua perkara yang saya lakukan tanpa sedar, MAKAN DAN TIDUR. .
Saya menulis kerana nak dapat mood balik. Nak penuhkan ruang kosong dihati. Munkin ada yang berkata , pergilah solat dan berzikir kerana itulah remedy yang terbaik. Ya... saya setuju.
Kehilangan dan kerinduan membuat jiwa saya kosong. Menangis dan mengingati seperti tidak ada sempadan......sebesar lautan yang luas. Rindu ku pada ibu.......tidak akan berakhir.
Dikala kesepian , dikala kesunyian, dikala kebuntuan hanya wajah ibu yang saya terpandang. Tidak ada lagi tempat untuk mengadu.
Perasaan yang kurang enak mendakap jiwa...jiwa saya yang rapuh, sensitif dan jiwa yang seni ( luaran memang nampak brutal )...heheheh......Satu perasaan yang tidak dapat di ungkap dengan kata hanya saya yang mengerti.
Lagu Allahyarham Sudirman ; Salam yang terakhir; sedang berkumandang dikala jari jari saya mencari kata kata untuk membebaskan perasaan moody ini......Adakah ini satu  depression? Kenapa depressed? Bukan kot.....
Yang pasti esok hari saya akan kuatkan tekad dan semangat untuk mengatasi kemurungan ini. Jadual sudah diatur untuk melakukankan aktiviti harian. Ya....hujung minggu ini saya akan bercuti mengambil masa untuk melayan hati dan jiwa yang dilanda rindu. Rindu ku pada ibu.....RINDU PADA IBU......
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
NAJPUAT.


DARI NAJPUAT 2012
RINDU KU PADA IBU.


Terima kasih kepada kawan kawan yang selalu memberi kata semangat.
Eeehhh....rasa macam budak budak pulak.....nak kena bagi nasihat selalu.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Activizer Oxyplus
Please visit my other blogs:

  • visitperak.blogspot.com ----about Perak State
  • aizanetwork.blogspot.co ----about baking / cakes
  • holidaysandleisure.blogspot.co  ----about holidays and travels
  • fitline-healthandbeauty.blogspot.com  ----MLM nutritional drinks.


No comments:

Post a Comment