4/6/2014. Satu jangka masa yang sangat panjang saya tidak menulis. Blog Aiza Writes ini adalah blog peribadi, macam Sifu saya ajar..BLOG adalah diary wanita. Wanita sangat suka menulis, emosi,curahan hati, ber puisi dan sebagai nya.
Kerja dah banyak selesai jadi saya mempunyai ruang untuk mengelamun dan bercerita. Terlampau banyak perkara berlaku sepanjang saya tidak menulis.Berbagai bagai topik nak saya mulakan. Fikir fikir....saya nak menulis berkaitan anak-anak.
Saya mempunyai 3 orang anak yang berlainan karekter. Saya sangat risau memikirkan mereka. Risau mereka terpengaruh dengan zaman sekarang yang penuh dengan kebebasan. Kebebasan berfikir, bertindak, bercakap dan entah apa apa kebebasan.
ANAK-ANAK yang membaca cerita saya ini....ingatlah....Jaga adab sopan diri, percakapan dan tingkah laku. Tidak megah jika berbicara dengan bahasa yang kesat. Jangan bercakap mengikut citarasa dan resipi sendiri. Kifarah akan menyusul nanti.
Bagitu juga dengan anak-anak yang ingkar kepada ibubapa.....cahaya kebahagian yang terpancar dan berseri di wajah akan pudar kerana tidak ada Doa IBU untuk Nur sejati. Kasih ibu tidak dapat di cari. Anak-anak, jika anda tidak bersama ibubapa....kembalilah segera sebelum satu keberkatan anda di tutup.
IBUBAPA tidak ada pengganti walaupuan anda mampu menangis air mata darah untuk mereka kembali.
Tidak akan ada. Jika anda fikir anda hebat, Ibu dan Bapa lagi hebat....jangan tanya kenapa. Fikir dan nilaikan.
Kepada Anak-anak ku Juan, Akis dan Adik semuga beroleh kejayaan dan kegembiraan di dunia dan akhirat.
Doa mama tidak pernah putus. Pinta mama supaya ketiga ketiga anda berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam. Jangan lupa pegangan Ugama, dan jaga maruah bangsa dan berjihad lah.Berjuang lah demi satu kehidupan yang sempurna.
SEHINGGA SAYA MENULIS LAGI
JAGA DIRI
FROM NAJ
please visit
WEBSITE: http://fitline-healthandbeauty.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment