"Business is never so healthy as when, like a chicken, it must do a certain amount of scratching around for what it gets"

Thursday, January 5, 2012

ALFATIHAH UNTUK IBU.....olih nooraiza.blogspot.com.

Jam 2.05 petang pada 5-1-2012 ibu saya telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kembalinya ibu ke Rahmatullah didalam keaadaannya yang tenang seperti lena tidur. Semuga roh nya tenang  disana bersama sama orang beriman dan terpilih. Sebulan terlantar dikatil Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh., berjuang untuk hidup......
Disaat saya menciumnya untuk kali terakhir terasa seperti seluruh jiwa raga saya pergi bersamanya. Kasih sayang terhadapnya terasa seperti memenuhi seluruh ruang diri saya ini. Sukar saya hendak ucapkan tetapi saya mengalaminya.........Yang pasti ibu saya telah menamatkan pengembaraan nya sekarang telah bermula alam baru iaitu menunggu alam akhirat .Seorang ibu yang sangat kuat semangat didalam menghadapi segala dugaan hidup.
Saya sempat memberinya minum  susu melalui  " tube " yang disalurkan terus keperut dan saya juga sempat membersihkan badannya ( sponging ) dipagi itu.Walaupun lemah tetapi ibu saya memegang erat tangan saya.....seperti ingin meyampaikan sesuatu. Hati saya  mula kacau..........Saya berlalu untuk menunai solat subuh dan segera kembali ke Wad 1B dan saya terus membaca Surah Yassin dan membisik kan di telinganya ucapan Shadahah......ibu kembali tenang.
' Mak tenang saja...mak akan selamat " dan perkataan itu juga lah selalu saya bisikkan ditelinga nya.
Doktor pakar datang untuk rondaan. ....Mereka berbincang didalam bahasa Inggeris munkin mereka rasa saya tidak faham bahasa itu.....Saya dengar perbincangan mereka......dan apa yang saya takuti itu lah yang saya dengar.
Paru paru ibu telah dijangkiti kuman yang teruk dan bagitu juga dengan buah pinggang yang tidak dapat berfungsi lagi.Kandungan garam pun sudah meningkat....Blood test juga memberi indication yang negatif.
Saya terdengar mereka berkata......We have to tell her daughter now...saya pura pura tidak mengerti.
Dr Ruwena  dan Dr. Nur Fauziah yang yang bertanggungjawab memberitahu saya keaadaan sebenar ibu.
Saya sudah tahu dan telah bersedia walau pun rasa seperti hendak pengsan....saya kuat kan hati dan berlagak cool saja.....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Dr Ruwena.... I know you cannot answer me...but I have to ask."....soal saya kepada Dr Ruwena.
"How much more time you give my mother and I want you to do your best to save her..."
Dr Ruwena memberi jawapan......."Difficult to say...maybe afew days....."...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Siapa yang dapat mengatasi kuasa Allah .....kita adalah miliknya dan kepadanya kita pasti kembali.
Ibu pergi lebih kurang didalam masa tiga jam sahaja selepas perbincangan itu....Doctors can be wrong too....
Pengurusan pengkebumian ibu berjalan dengan lancar dan mudah untuk diuruskan. Rezeki ibu kerana semua anak-anak / menantu dan cucu nya berada bersamanya  sehingga jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Gurab Jalan Kuala Kangsar Ipoh....

ALFATIHAH UNTUK IBU............IBU SUDAH AMAN DAN SELAMAT DISANA.....TENANGLAH IBU DISANA.......SAYA AKAN SENTIASA BERDOA BUAT MU IBU...........

Terima kasih kepada semua ahli keluarga saya telah menjaga ibu. Special Thanks saya untuk
1)  Adik Ma
2)  Zila
3)  Mija  ---  mereka  bertiga menjaga ibu setiap hari selama sebulan tanpa merungut walau sepatah perkataan.Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Mija untuk keperluaan ibu saya......saya terharu.
Terima Kasih juga kepada adik saya Nor Azizol Hamdan yang secara sukarela membayar bil hospital.
Juga terima kasih juga kepada Mohd Tuah Effendy...anak saudara saya.
Kami sekeluarga akan merindui IBU
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Nota* Disaat saya membuat catatan ini......terasa kekosongan didalam jiwa seperti saya menunggu sesuatu..
Kasih Ibu dibawa ke Syurga.....Azam saya untuk tingkatkan amal ibadat supaya saya diterima sebagai ahli syurga untuk bersama ibu saya kembali.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SOB...SOB...SOB..SOB...
Dari Noor Aiza Bt Johan.

My Family  Member ;

  • Kak Nah
  • Kak Ti
  • Kak Yan
  • Saya ( mereka memanggil saya Kak Ja )
  • Ikin
  • Seni
  • Adik Jo
  • Zila
  • Adik Ma.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

3 comments:

  1. perasaan yang sama jamal lalui 3 tahun dahulu , ketika itu jamal baru nak balik dari keluar 3 hari tabligh di kawasan pantai remis , lalu aku menerima tel dari kakak iar ku salbiah dari batu gajah mengatakan emak koma ,kini berada di wad kecemasan di hospital ipoh . tak bertapak rasanya kaki ku melangkah , ternyata x sanggup aku ceritakan disini betapa hancurnya hatiku bila melihat jasad ibu dikala itu , aku terus memeluknya dengan linangan airmata ... sejarah ku menjaga ibu selama 4 hari di wad wanita amat memilukan hati ku , hanya ku doakan agar dapat melihat mata ibuku terbuka dan menyapa aku walaupun sejenak , namun sampai ke akhir hayat , adik beradik ku saja yang sempat melihat , aku tetap membisikkan ditelinga ibuku dengan kalimah kalammullah ... hanya aku sahaja yang tak melihat mata ibuku , namun aku pasrah .... hanya allah saja tempat aku bermohon agar roh ibuku ditempatkan bersama dengan insan yang solleh lagi sollehah .. doaku untuk ibu tetap kuucapkan hingga keakhir hayat ku ... ibu ... din akan doakan untuk ibu sehingga dihujung hayat ku ..iyulah janji uaku ketika jasad ibuku dimasukan keliang lahad ...
    bersemadilah ibuku ... suatumasa nanti kita akan berjumpa semula ... amin

    ReplyDelete
  2. Jamal...kehilangan seorang ibu tidak tertahan rasanya. Kosong jiwa dan lara perasaan. Bangun pagi rasa seperti keliru, terkenangkan ibu.
    Rindu kepadanya tidak ada penghujung.
    Terima kasih Jamal kerana mengerti

    ReplyDelete
  3. Jamal...kehilangan seorang ibu tidak tertahan rasanya. Kosong jiwa dan lara perasaan. Bangun pagi rasa seperti keliru, terkenangkan ibu.
    Rindu kepadanya tidak ada penghujung.
    Terima kasih Jamal kerana mengerti

    ReplyDelete